BM K1 SPM

  Senarai Karangan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM (CONTOH) :-

 Kaedah-Kaedah Mengatasi Kejadian Tanah Runtuh

        Kejadian tanah runtuh saban tahun berlaku di Malaysia.Peristiwa tanah runtuh di Highland Towers dan bukit kawasan perumahan Bukit Antarabangsa di Kuala Lumpur merupakan kejadian yang paling tragis dan menyayat hati.Kejadian tersebut telah meragut berpuluh-puluh nyawa yang tidak berdosa.Kejadian tanah runtuh sering dimomokkan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan aktiviti pembangunan yang tidak terancang.Persoalannya,apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi kejadian tanah runtuh ini?
         Antaranya syarikat-syarikat pemaju perlulah meneliti kawasan yang ingin dijadikan lokasi pembinaan sebelum membina sebarang bangunan di kawasan tersebut.Mereka hendaklah melakukan pemeriksaan terhadap keadaan tanah serta kedudukan kawasan itu.Hal ini demikian untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.Pemaju juga disarankan agar mendirikan bangunan atau kawasan perumahan di tanah lapang dan rata.Mereka perlu mengelakkan kawasan-kawasan seperti bukit dan sungai.Hal ini demikian kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang berpotensi tinggi mengalami kejadian tanah runtuh.
         Selain itu,badan kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu sentiasa menyelenggara jalan-jalan raya di lereng-lereng bukit.Kebanyakan jalan terutamanya lebuh raya di bahagian utara Malaysia melalui kawasan gunung.Hal ini sangat membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.Oleh hal yang demikian,JKR serta pihak pengurusan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mestilah sentiasa memantau keadaan di situ kerana bak kata pepatah "malang tidak berbau".
         PLUS pula disarankan agar mencari jalan untuk memperbesarkan lebuh raya.Hal ini demikian supaya para pengguna lebuh raya berasa selamat dengan ruang laluan yang lebih luas lebih-lebih lagi ketika melalui kawasan bukit dan gunung.Selain itu,PLUS mestilah mengutamakan keselamatan pengguna lebuh raya.PLUS hendaklah memasang penghadang di kawasan-kawasan bukit dan gunung bagi mengelakkan tanah daripada runtuh.Perkara ini bersesuaian dengan peribahasa melayu "mencegah lebih baik daripada mengubati".
        Rentetan daripada huraian di atas,terdapat satu lagi cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi kejadian tanah runtuh.Tindakan undang-undang yang lebih tegas mesti dikenakan terhadap pembalak-pembalak haram.Hanya kerana wang,mereka sanggup mengambil risiko dengan menggondolkan kawasan-kawasan hutan yang merupakan tempat tadahan air.Akibat daripada pembuatan mereka,tanah runtuh berlaku.Hal ini demikian kerana ketiadaan pokok-pokok untuk menyerap air hujan yang turun dan menahan tanah daripada runtuh.Kegiatan membalak boleh dilakukan tetapi hendaklah secara sistematik.Pembalakan perlu dilakukan sehingga pokok-pokok itu tumbuh semula dan membesar.Oleh yang demikian,kejadian tanah runtuh dapat dielakkan.
        Kesimpulannya,pihak-pihak berkenaan hendaklah membuka mata dan meneliti masalah-masalah berhubung dengan kejadian tanah runtuh ini.Mereka perlu bekerjasama bagi mengatasi kejadian tanah runtuh kerana tiada penyakit yang tiada penawarnya.Usaha-usaha ini juga perlu dilakukan berterusan dan tidak secara sia-sia ibarat "hangat tahi-tahi ayam" atau hanya seperti "melepaskan batuk di tangga".Justeru,kejadian tanah runtuh akan dapat di atasi.

Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Semangat Membaca Di Kalangan Remaja

      Sedasawarsa ini,sering meniti bibir ke bibir umat manusia tentang isu budaya membaca yang kian meruncing dalam kalangan remaja.Acap kali kita dengar slogan "Membaca Jambatan Ilmu" sering menghiasi dada-dada akhbar,internet dan televisyen.Hal ini jelas menunjukkan bahawa budaya membaca dapat memberikan banyak manfaat kepada masyarakat.Namun demikian,masyarakat Malaysia terutamanya remaja tidak gemar membaca sehingga menyebabkan mereka tidak menguasai ilmu pengetahuan dan bolehlah diibaratkan seperti "katak di bawah tempurung".Siapakah yang harus dipersalahkan sekiranya fenomena ini berlaku sehingga remaja Malaysia banyak yang buta maklumat?
       Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memupuk semangat membaca dalam kalangan remaja? Hal ini kerana ibu bapalah orang yang paling hampir dengan anak-anak dan sudah tentulah ibu bapa tahu cara yang terbaik untuk mendepani permasalahan ini.Oleh yang demikian,ibu bapa sewajarnya mengeluarkan modal dengan membeli bahan-bahan bacaan dan bahan-bahan ilmiah untuk anak-anak mereka.Dalam konteks ini,minat membaca dalam diri remaja dapat disemai sekali gus menambahkan ilmu pengetahuan kepada remaja.Bertitik tolak daripada itu,ibu bapa hendaklah kerap membawa anak-anak mereka ke kedai buku pada setiap hujung minggu.Berdasarkan manifestasi tersebut,remaja dapat memilih buku-buku yang hendak dibeli oleh mereka sekali gus menambahkan minat dalam diri mereka.Setelah dikaji hingga ke akar umbi,remaja dapat mengetahui jenis-jenis buku yang dibaca oleh mereka sekiranya remaja kerap ke kedai buku.Umum mengetahui,anak-anak diibaratkan seperti kain putih,ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada ke arah kejayaan atau kegagalan.
       Pada masa yang sama,ibu bapa hendaklah menyediakan bilik khas untuk membaca di rumah seperti perpustakaan yang mempunyai banyak buku di dalamnya.Dalam konteks ini,remaja dapat membaca dalam keadaan yang senyap dan harmoni.Secara tidak langsung,remaja tidak akan terlibat dengan kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak di pusat membeli belah,merokok dan lumba haram.Hal ini kerana remaja mengisi masa yang terluang dengan membaca bahan-bahan ilmiah di rumah mereka.Mereka menjadikan rumah sebagai pusat atau gedung ilmu yang boleh mencanai minda sihat.Oleh yang demikian,remaja akan memanfaatkan masa dengan berkesan kerana masa itu emas manakala ibu bapa pula akan berasa selamat kerana anak-anak berada di rumah.Jadi,tidak timbullah fenomena "sudah terhantuk baru tergadah" kerana kegagalan ibu bapa memanfaatkan masa yang terluang anak-anak maka dengan secara tidak sengaja mereka terlibat dengan dakyah songsang.
      Tambahan pula,ibu bapa hendaklah menyediakan banyak sudut bacaan di rumah.Secara tidak langsung,remaja tidak akan berasa bosan untuk membaca malah semakin minat membaca.Hal ini kerana mereka tidak tertakluk dalm satu-satu ruang bacaan sahaja sebaliknya mereka boleh memanfaatkan semua sudut rumah mereka sebagai tempat untuk membaca.Dalam pada masa yang sama,ibu bapa usah jemu-jemu memberi dorongan dan nasihat kepada remaja agar mereka terus mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan mereka.Setelah dikaji hingga ke akar umbi,ibu bapa juga harus memupuk minat membaca dalam diri mereka sendiri agar dapat dicontohi remaja bak kata pepatah " ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi".Oleh itu,sesuai dengan kata-kata mantan Perdana Menteri kita,Tun Dr Mahathir bin Muhammad iaitu "Kepimpinan Melalui Teladan" kerana "bapak borek anak rintik".
      Umum mengetahui bahawa setiap tahun pihak kerajaan akan mengadakan karnival buku yang merangkumi pameran buku atau jualan buku di mana-mana sahaja di negara kita.Kesempatan sebegini harus digunakan oleh ibu bapa untuk membawa seisi keluarga mengunjungi karnival tersebut.Dalam konteks ini,remaja akan didedahkan secara terus tentang buku-buku terkini yang ada di pasaran.Kaedah ini secara tidak langsung mewujudkan keadaan dua dalam satu iaitu sambil mengunjungi karnival buku bersama-sama,secara konotasinya dapat memantapkan hubungan kekeluargaan.Sudah semestinya ibu bapa akan menggunakan peluang ini untuk membeli buku yang banyak kerana ada potongan harga dengan kadar yang rendah diberikan.Penjimatan dapat dilakukan sambil melabur kepentingan pendidikan anak-anak pada masa akan datang.Impaknya,ibu bapa mampu menyemai budaya membaca dalam kalangan remaja seawal usia muda.
      Sebagai kesimpulannya,budaya membaca perlu dipupuk dalam kalangan remaja.Ibu bapa merupakan agen penting dalam memupuk kesedaran ini kerana budaya membaca mampu mencetuskan idea yang bernas dan penuh dengan visi dan misi dalam kehidupan mereka.Justeru,ibu bapa yang berjaya memupuk minat membaca dalam kalangan remaja secara langsung dapat mengelakkan remaja daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan impak negatif kepada mereka.Biar kita menangis dahulu sebelum kita menangis kemudian kerana "sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna".Jelaslah bahawa "Bangsa Membaca,Bangsa Berjaya".

Punca-Punca Kenaikan Harga Barang


        Ketika menongkah arus globalisasi yang semakin mencabar,negara kita tidak dapat melepaskan diri daripada belenggu inflasi iaitu kenaikan harga barang secara holistik.Senario ini bukan sahaja memberikan beban kepada rakyat jelata terutama golongan yang berpendapat rendah yang terpaksa hidup bagai "kain basah kering di pinggang".Duri dalam daging ini perlu dicabut dalam masyarakat kita sebelum parah,rusuhan   akibat daripada inflasi yang berlaku di luar negara harus menjadi iktibar di negara kita.Sebelum mengatur langkah untuk menangani masalah ini,biarlah pihak berkuasa menyusuri punca-punca kenaikan harga barang di negara kita.
        Kata orang tua-tua,"ada asap,ada api".Setiap kemusykilan pasti ada pangkal pokoknya.Salah satu faktor prioriti yang menyebabkan inflasi ialah kenaikan harga minyak.Tidak dapat dinafikan bahawa harga minyak petroleum telah naik secara drastik di pasaran antarabangsa sehingga pernah mencecah US $144 setong pada tahun 2007.Hal ini memangkinkan kegiatan penyeludupan minyak petrol dan diesel yang telah disubsidikan oleh kerajaan itu ke negara jiran kita.Lantaran kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak petrol dan diesel untuk mengurangkan beban kewangan.Penyeludup yang tamak telah menyebabkan rakyat jelata mengalami penderitaan.Hal ini sama dengan peribahasa "orang lain makan nangka,orang lain yang terkena getah".Kenaikan minyak sebagai kos pengangkutan yang terutama akan memberikan kesan yang amat besar kepada harga barangan.Walhal,harga semua barangan turut naik serentak.
        Sesungguhnya,bencana alam juga merupakan punca yang mencetuskan kenaikan harga barang.Ketika berlakunya banjir atau kemarau yang berpanjangan,hasil tanaman pasti berkurangan.Sebagai contoh,ketika dilanda musim tengkujuh,harga sayur-sayuran akan naik secara mendadak.Sayur sawi pernah mencecah harga sebanyak RM 8.00 sekilo manakala cili merah kini telah mencecah harga RM 15.00 sekilo sebagai harga runcit.Sejak beberapa tahun ini,negara pengeluar makanan terutama seperti negara Thai,Rusia,India dan Kanada sering mengalami pelbagai musibah yang pemanasan global.Hasil tanaman mereka mengalami kemerosotan.Akibatnya,kerajaan negara berkenaan sanggup mengehadkan eksport hasil tanaman dan ternakan seperti beras,bahan tenusu,tepung gandum,bawang dan lain-lain ke luar negara sehingga harga barang makanan di pasaran antarabangsa turut menjulang.Rentetan daripada itu,rakyat kita terpaksa membeli barang makanan yang semakin mahal.
       Tambahan pula,kenaikan mata wang asing berbanding dengan mata wang Malaysia telah menyumbang kepada gejala ini.Sejak dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997,nilai mata wang Malaysia telah terjunam.Peniaga negara kita terpaksa mengimport pelbagai barangan dari luar negara dengan mata wang asing.Sebagai realiti,negara kita terpaksa berurus niaga dengan negara asing melalui US dolar.Walaupun haraga barangan tertentu tidak mengalami kenaikan harga di pasaran antarabangsa tetapi rakyat kita terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat nilai mata wang Malaysia yang agak rendah.Tidak dapat dinafikan bahawa mahu tidak mahu,kita tetap perlu membeli pelbagai barang keperluan dari luar negara kerana tidak dapat dihasilkan di dalam negara kita sendiri seperti tepung gandum.
       Lebih-lebih lagi ada peniaga yang bersikap tamak haloba sering memasang jerat untuk meningkatkan harga barang.Demi meragut keuntungan yang lumayan,terdapat banyak peniaga sentiasa menangguk di air keruh dengan menyorok barangan keperluan.Mereka enggan menjual barang keperluan di pasaran lalu menimbulkan suasana yang gelisah dalam kalangan pengguna bahawa sudah kehabisan stok.Pengguna yang seperti cacing kepanasan akan merebut untuk membeli barangan itu sehingga peniaga berani menaikkan harga untuk menjual barang itu.Hal ini sering berlaku dalam masyarakat kita.Barangan keperluan seperti beras,gula dan tepung sering menjadi sasaran kepada peniaga yang sentiasa menunggu peluang.
       Untuk melepaskan diri daripada belenggu inflasi,pihak kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri,Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna harus bertindak bijaksana seperti "menarik rambut di dalam tepung" untuk menangani masalah ini daripada terus menular.Kerjasama pihak pengguna,peniaga dan prihatin pihak berkuasa amat signifikan untuk meminimumkan inflasi sehingga mencapai inflasi sifar.Hal ini memang selaras dengan aspirasi 1 Malaysia "Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan".

Langkah-Langkah Menangani Kenaikan Harga Barang Keperluan

        Dasawarsa ini,kenaikan harga barang keperluan atau gejala inflasi sering menghantui kehidupan rakyat jelata,terutamanya golongan yang miskin bagai kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Isu barangan keperluan mengalami kenaikan harga sentiasa dipaparkan pada dada akhbar dan menjadi pokok perbincangan di warung kopi hingga sidang parlimen.Inflasi telah menjadi rakyat kita hidup melarat.Bagaimanakah rakyat kita dapat melepaskan diri daripada kemelut sosioekonomi ini? seperti kata pepatah "di mana cendawan tumbuh,di situ tembilang teratah".Sehubungan dengan itu,semua pihak perlu seia sekata mencari akal untuk menangani kenaikan harga barang keperluan.
         Pendekatan yang dominan untuk membendung masalah kenaikan harga barang keperluan ialah "Kempen Berhemat".Kata orang tua-tua "ingat sebelum kena,jimat sebelum habis" dan "cermat semasa banyak,jimat semasa sedikit".Amalan berjimat cermat merupakan tabiat yang terpuji.Amalan membesarkan kerak nasi patut dielakkan kerana berbelanja banyak tanpa sekatan hanya merugikan diri sendiri.Pengguna harus diterapkan ilmu kepenggunaan supaya sentiasa membeli barang berdasarkan keperluan dan bukan berdasarkan nafsu.Rakyat kita digesa supaya bersahaja dan sederhana tanpa boros terutamanya pada musim perayaan.Sebagai contoh,telur,daging,ayam dan tepung menghadapi kekurangan di pasaran gara-gara pengguna membeli secara berlebihan sehingga membazir dan tidak dapat dihabiskan.Jika setiap rakyat dapat berhemat dengan tabiat cicir dipungut,hilang cari dalam setiap pembelian dan tidak membeli secara berlebihan,nescaya inflasi dapat diminimumkan kerana bekalan tidak mengalami kekurangan berbanding dengan permintaan di pasaran.
         Dalam konteks ini,Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna harus menganjurkan "Kempen Beli Barangan Malaysia".Langkah ini amat mustahak untuk memulihkan masalah inflasi.Rakyat Malaysia digalakkan supaya membeli bahan keperluan asas yang sedia ada di negara kita daripada membeli barangan import.Walhal, harga barangan tempatan lebih berpatutan kerana kos pengangkutan lebih murah.Contoh,rakyat kita seyogianya makan buah-buahan dan sayur-mayur tempatan yang lebih segar dan berkhasiat daripada barangan import.Seperti peribahasa "hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih".Jika semua rakyat dapat bekerjasama bagai ke bukit sama didaki,ke lurah sama dituruni dan bersemangat patriotik,kempen tersebut berupaya meningkatkan perniagaan dalam negara.Senarionya,petani,peniaga dan pengusaha industri kecil dan sederhana kita turut memperoleh manfaatnya.Hal ini dapat memantapkan defisit pendapatan negara supaya nilai mata wang Malaysia tidak jatuh berbanding dengan mata wang asing.Inflasi turut diredakan.
         Di samping itu,penguatkuasaan undang-undang merupakan tindakan yang ampuh untuk membendung inflasi.Demi mencegah penyelewengan peniaga yang tamak haloba,pegawai yang terlibat tidak patut bertindak sambil lewa atau bena tak bena sahaja.Misalnya, pemantauan atau serbuan hanya dijalankan secara bermusim sahaja.Lebih-lebih lagi kegiatan rasuah meruwatkan situasi ini.Tanpa tindakan undang-undang yang ketat,peniaga akan bertindak bermaharajalela dengan meningkatkan harga barangan jualan tanpa belas kasihan.Rentetan daripada itu,kompaun dan hukuman penjara mandatori harus dijatuhkan dengan semaksimumnya terhadap peniaga yang licik.Pemantauan yang lebih kerap harus diadakan terhadap semua premis perniagaan dan pasar malam.Masyarakat kita perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti "Rakan Cop'" untuk melaporkan berlakunya penyelewengan peniaga.Hukuman yang ketat dan tindakan pegawai yang bersih,cekap dan amanah pasti dapat mengekang peniaga yang ingin "menangguk di air keruh".
         Orang ramai juga diseru supaya menanam sayur-sayuran di halaman rumah masing-masing.Sebenarnya,cadangan ini pernah dipraktikkan pada 1970an dengan rancangan "Buku Hijau".Ketika dilanda inflasi,khalayak ramai diseru supaya menjalankan penanaman di halaman rumah.Contohnya,hidroponik diperkenalkan kepada masyarakat bandar untuk menanam sayur-sayuran di halaman rumah.Orang ramai tidak patut memaandang enteng terhadap hal ini kerana "sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit".Kita boleh menanam sayur-sayuran sebagai hobi untuk mengisi masa senggang.Selain menjamin kesihatan fizikal dan mental,kita dapat menjimatkan kos perbelanjaan untuk membeli sayur-mayur organik tanpa racun serangga.Tindakan ini bagai serampang dua mata.Alangkah baiknya kita dapat memperoleh cili,tomato,bawang hijau,serai,ulam-ulaman yang segar-bugar dari pasu bunga di halaman rumah kita.Dengan kata lain,penanaman sayur-sayuran di rumah turut menyumbang ke arah inflasi sifar.
         Tuntasnya,pihak kerajaan dan Persatuan Pengguna harus berkomitmen untuk menangani masalah inflasi di negara kita.Semua pihak tidak patut bersikap melepaskan batuk di tangga.Bayangkan masih banyak rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan terpaksa menghadapi inflasi.Jangan biarkan cogan kata "Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan" sebagai slogan sahaja.Lantarannya,kita perlu berganding bahu dan bersinergi untuk menoktahi inflasi di negara kita.

Kepentingan Sektor Pelancongan

       Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990,usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara.Setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat.Persoalannya,apakah kebaikan yang diperoleh negara dalam usaha mempromosikan negara yang kita cintai iaitu Malaysia kepada pelancong dari negara luar.
       Satu daripada kebaikan sektor pelancongan negara ialah kita dapat memperkenalkan negara Malaysia ke seantero dunia.Misalnya,melalui kejohanan perlumbaan kereta Formula 1 di litar Sepang dan Sukan Komanwel 1998,kita dapat mempopularkan negara kita dalam kalangan peminat sukan dunia.Selain itu,kita dapat membuktikan bahawa kita mampu menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana.Slogan "Malaysia Boleh" telah membuktikan keupayaan negara kita dalam penganjuran sukan yang bertaraf antarabangsa tersebut.Melalui penganjuran kejohanan F1,Malaysia dapat dipromosi ke seluruh dunia.Ini membuktikan bahawa tarikan penganjuran sukan bertaraf dunia bukan sahaja menggalakan kedatangan pelancongan ke negara kita bahkan dapat mempromosi Malaysia kepada dunia luar secara meluas dengan kos yang minima bertepatan dengan maksud peribahasa,"sambil menyelam minum air".
      Seterusnya,sektor pelancongan juga dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke negara kita.Pelancong yang datang dari negara luar terpaksa menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini.Ini dapat dilakukan sama ada di bank tempatan mahupun di pusat pertukaran mata wang asing.Mata wang asing ini kemudian disimpan untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport barang dari luar negara.Peniaga mata wang asing juga mendapat keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan.Pengaliran masuk mata wang ke negara kita bukan sahaja menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara.
      Sektor pelancongan dapat memajukan industri kraftangan di Malaysia.Barangan kraftangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan.Barangan kraftangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik,seramik,kayu,perak,kaca dan kulit amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong.Pelancong pasti membeli-belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik,kain songket dan lain-lain sebagai buah tangan atau ole-ole keluarga atau rakan mereka.Kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraftangan tempatan.
       Sektor pelancongan dapat memajukan bidang perniagaan di Malaysia.Pelancong asing yang datang ke Malaysia memerlukan tempat penginapan,makanan dan minuman,
perkhidmatan pengangkutan,juru pandu pelancong dan perkhidmatan lain.Pelancong asing amat menggemari makanan sama ada makanan tradisional mahupun makanan barat di Malaysia.Mereka diberi pilihan yang amat banyak sama ada menikmati makanan di hotel bertaraf lima bintang,medan selera yang besar dan berhawa dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di tepi jalan.Mereka juga boleh menikmati hidangan makanan laut di restoran yang didirikan secara terapung di atas air.Sambil menikmati makanan,mereka dapat menghirup panorama yang amat cantik dan menghirup udara segar di laut.Permintaan yang tinggi terhadap makanan ini mewujudkan peluang perniagaan yang luas kepada usahawan tempatan.Pusat-pusat penginapan juga giat dibina bagai "cendawan tumbuh selepas hujan" di kawasan peranginan seperti di pulau dan tepi pantai.Pelancong asing diberi pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang,resort atau menginap secara pakej seperti "Eco-Tourism" yang membolehkan pelancong asing menginap di rumah kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian,makanan tradisional dan sebagainya.Pelancong juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk bergerak dari satu lokasi pelancongan ke lokasi yang lain.Ini membolehkan pengusaha bidang pengangkutan seperti bas,teksi,van,bot,feri dan lain-lain mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan.Tidak dinafikan peluang yang datang memberi rezeki yang melimpah ruah kepada peniaga yang ringan tulang.
        Akhir kalam,industri pelancongan banyak memberikan sumbangan yang besar terutama dari segi ekonomi kepada negara kita.Oleh itu,semua pihak haruslah bekerjasama "bagai aur dengan tebing" untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia kerana "tak kenal maka tak cinta".

Kepentingan Ilmu Pengetahuan 

        Dalam era globalisasi ini,penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang memang penting dan perlu diberikan perhatian utama.Hal ini demikian kerana tuntutan zaman telah membuktikan ilmu atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika digunakan dengan bijaksana.Oleh itu,semua orang hendaklah berusaha untuk mencari seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup seperti kata-kata hikmat "ilmu pelita hidup".Jadi,semua orang khususnya para remaja hendaklah menggunakan masa ketika muda ini untuk mencari ilmu sebanyak mana yang mungkin.Dengan adanya ilmu,sudah tentu seseorang itu akan mendapat manfaat yang banyak terutamanya dalam era globalisasi ini.
        Dengan adanya ilmu,seseorang itu boleh mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang kehidupan manusia hari ini.Ciptaan baharu yang berupa inovasi itu akan memberikan kemudahan kepada kehidupan seharian manusia.Sebagai contoh,banyak inovasi baharu yang dicipta pada masa ini,contohnya telefon bimbit,komputer riba dan pelbagai alat canggih yang lain.Hal ini sudah tentu memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi.Jadi,pada masa akan datang sudah pasti budaya yang mementingkan ilmu dalam pelbagai bidang akan menguasai budaya masyarakat.
        Ilmu yang dimiliki juga membolehkan kita menguasai bidang perniagaan yang semakin kompleks dan bercorak global.Perkara ini demikian kerana dalam era globalisasi,k-ekonomi merupakan trend baru dalam perniagaan.Jadi,ekonomi yang berasaskan pengetahuan sudah menguasai dunia perniagaan pada masa ini.Oleh itu,jika seseorang tidak dapat mengikut arus k-ekonomi ini,sudah pasti orang itu akan ketinggalan zaman iaitu "seperti katak di bawah tempurung" dan pastinya akan gagal untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan pada masa ini.
        Jika seseorang itu menguasai ilmu sudah pastilah dia akan dapat memajukan diri dan negaranya sendiri.Hal ini demikian kerana negara kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan selaras dengan era globalisasi pada masa ini.Seseorang pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat dan negara.Jika pemimpin tidak dapat menguasai ilmu,sudah pastilah negara kita akan tertinggal di belakang negara-negara maju yang lain.Jadi,seperti kata pepatah "hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih" para pemimpin juga perlu menguasai pelbagai ilmu teknologi maklumat dan komunikasi.
        Sekiranya rakyat negara ini dapat menguasai ilmu sudah pasti hal ini akan melahirkan masyarakat yang proaktif.Perkara ini demikian kerana masyarakat yang berilmu sentiasa berfikir secara positif atau optimis tentang sesuatu masalah dan tidak berfikir secara pesimis dan mudah pula berputus asa.Sebagai contohnya,seseorang yang berfikir secara positif sudah tentu akan menjadikan masalah itu sebagai cabaran dan bukannya halangan untuk mencapai objektifnya.Oleh itu,kita hendaklah mengamalkan budaya yang sentiasa dahaga akan ilmu dan menjadikan budaya pembelajaran sepanjang hayat atau "life long learning" sebagai amalan dalam kehidupan.
        Kesimpulannya,ungkapan orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia perlulah diberikan perhatian oleh semua orang.Dengan berdasarkan ungkapan itu,janganlah kita suka membuang masa kerana masa itu emas dan masa tidak akan menunggu kita.Sekiranya kita lalai dan tidak menggunakan masa dengan bijaksana,sudah tentu kita akan termasuk dalam golongan yang berada dalam kerugian.Jadi,gunakanlah masa yang ada untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang,terutamanya bidang teknologi maklumat yang sentiasa berubah hampir setiap hari.

Langkah-Langkah Mengatasi Kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin

        Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang datang ke negara kita secara senyap-senyap sudah lama berlaku dan hal ini menyebabkan kebanjiran pendatang berkenaan secara besar-besaran.Pelbagai usaha dan tindakan tegas telah diambil oleh pihak berkuasa misalnya pihak imigresen yang mengetatkan pengawasan di sempadan negara dan tidak kurang juga tindakan kerajaan untuk mengembalikan sebilangan besar pendatang asing yang tiada permit ke negara mereka.Ekoran daripada tindakan tersebut,usaha pendatang asing tanpa izin yang berniat untuk datang ke negara ini dapat dibanteras.Oleh hal yang demikian,usaha  itu haruslah diteruskan agar keamanan dapat dikekalkan di negara kita.
        Terdapat pelbagai kesan akibat kebanjiran pendatang asing tanpa izin ke negara ini.Salah satunya ialah kesan negatif iaitu timbulnya masalah jenayah dalam kalangan mereka.Masalah jenayah seperti rompakan,ragut dan sebagainya tidak dinafikan turut didalangi oleh pendatang tanpa izin ini.Kehadiran mereka tanpa permit sukar untuk dikenal pasti oleh pihak berkuasa.Lantaran itu,mereka sewenang-wenangnya menggunakan kesempatan tersebut ibarat pepatah "sambil menyelam minum airuntuk melakukan jenayah secara berselindung tanpa diketahui oleh pihak berkuasa tempatan.Masalah jenayah sedemikian jika tidak dibanteras sudah tentu akan menyusahkan masyarakat tempatan dan turut menyebabkan imej negara tercalar.
        Kebanjiran pendatang asing tanpa izin juga turut menyebabkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor khususnya sektor pembuatan dimonopoli oleh pendatang tersebut.Tidak dinafikan migrasi pendatang asing ini ke negara kita adalah berpunca daripada kurang peluang pekerjaan di negara mereka.Oleh hal yang demikian,mereka mengambil kesempatan untuk berhijrah ke negara jiran untuk mencari pekerjaan melalui sindiket pekerjaan yang tidak sah.Kesanggupan mereka untuk bekerja di negara ini terbukti apabila banyak sektor pembinaan yang menawarkan mereka pekerjaan sebagai buruh binaan yang memenatkan.Walaupun begitu,seperti kata peribahasa "alah bisa tegal biasakesusahan tersebut tidak menghalang mereka untuk terus bekerja,tidak sama seperti rakyat negara ini yang tidak tahan dengan pekerjaan berat tersebut.
        Kesan lain akibat masalah tersebut ialah keselamatan negara akan turut terancam dengan kehadiran beribu-ribu pendatang asing tanpa izin.Hal ini demikian kerana selain melakukan jenayah,kehadiran mereka yang ramai serta kualiti kesihatan yang tidak dijaga turut menjejaskan kesihatan rakyat tempatan.Penyakit berjangkit seperti selesema burung dan pelbagai penyakit lagi yang memudaratkan kesihatan akan disebarkan secara tidak langsung.Pemantauan seperti pemeriksaan kesihatan yang sepatutnya dilakukan oleh imigran dari luar negara tidak dilakukan kerana kehadiran mereka ke negara ini adalah secara haram dan tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.Akibatnya,masyarakat tempatan akan berasa tidak selamat dengan persekitaran luar dan berasa was-was untuk keluar bekerja dan sebagainya.
        Walau bagaimanapun,terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin ke negara kita iaitu salah satunya dengan menguatkuasakan undang-undang.Tidak dinafikan,pendatang asing tanpa izin yang bolos ke negara kita disebabkan oleh bantuan individu yang berkuasa kerana kegiatan rasuah yang menular.Oleh hal yang demikian,setelah pelbagai inisiatif diambil,namun masih ada lagi kes pendatang asing tanpa izin yang berjaya melepasi sempadan maka hal ini tidak lain berkaitan dengan kegiatan rasuah yang berlaku dalam kalangan pihak berkuasa yang menjaga sempadan negara.Oleh itu,tindakan tegas harus diambil oleh kerajaan untuk membendung gejala ini.Penguatkuasaan yang ketat,misalnya mengenakan denda yang berat kepada pesalah yang mendalangi kegiatan tersebut serta mengembalikan pendatang asing tanpa izin ke negara asal mereka merupakan antara langkah yang boleh diambil. 
        Masalah yang turut melibatkan hubungan antara dua negara ini seharusnya diselesaikan secara diplomatik antara kedua-duanya,misalnya negara Indonesia perlu menyokong dan mempersetujui tindakan kerajaan Malaysia untuk menghantar sebilangan besar rakyat negara tersebut yang tidak memiliki permit pekerjaan yang sah di negara ini tanpa mengenakan tindakan berat kepada mereka.Negara Indonesia juga perlu menerima keputusan jika Malaysia terpaksa mengenakan hukuman kepada sebahagian rakyat negara jiran yang berkeras untuk tidak menyerah diri pada tarikh yang ditetapkan.Kerjasama antara kedua-dua pihak ini pasti akan mengurangkan masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin ke negara ini,seterusnya hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara juga tidak akan terjejas.
        Oleh hal yang demikian,kebanjiran pendatang asing tanpa izin sememangnya membawa kesan yang negatif kepada negara.Masalah ini sudah tentu akan menjadi lebih serius jika tidak ditangani dengan segera.Jadi,semua pihak haruslah berganding bahu untuk menangani masalah tersebut.Selain itu,kerjasama antara pihak berkuasa tempatan serta pihak kerajaan kita dengan kerajaan negara jiran perlu ditingkatkan agar masalah rasuah dalam kalangan pihak berkuasa tidak berlaku.Hal ini perlu dibanteras agar tidak memburukkan keadaan lagi.Jika masalah tersebut dapat ditangani,sudah tentu hal ini tidak akan menjejaskan hubungan diplomatik antara negara yang sudah sekian lama terjalin.

Langkah-Langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara

        Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia kepada pasukan Singapura serta tumbangnya jaguhan badminton negara,Datuk Lee Chong Wei,dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merundum.Hal ini belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras yang lain seperti hoki,olahraga,acara renang dan sebagainya.Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini.Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran jaguh kampung ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya,ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.
         Dalam hal ini,perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan.Bukan lagi rahsia,kebanyakan persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik.Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).Malangnya,para pemimpin yang dipilih secara sebulat suara ini  sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka.Keghairahan memenuhi agenda peribadi menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah dianaktirikan oleh mereka.Kadangkala,ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita.Berkaitan hal ini,bekas perdana menteri,Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan.Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya  memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara,bak kata peribahasa "hanya jauhari mengenal manikam".
        Di samping itu,program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara pada peringkat antarabangsa.Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan,kejurulatihan,pemakanan,psikologi dan sebagainya.Berhubung dengan isu ini,Menteri Belia dan Sukan,Datuk Sabri Chik pernah menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet.Menurutnya,kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai,nasi lemak dan merokok.Kegagalan menyediakan progarm-program berkualiti memungkinkan mutu sukan negara terus merundum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi.Contohnya,sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992,Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal membentuk sebuah pasukan  kebangsaan yang mampu memecah penguasaan China dan Indonesia dalam arena badminton.Biarpun munculnya gandingan emas,Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong,namun kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu menterjemahkan segala-galanya.Namun begitu,segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berjuang.Dengan penggemblengan usaha dan iltizam semua pihak,pastinya sinar di hujung terowong dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.
         Selain itu,para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara lebih kerap.Pernyataan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri dalam situasi pertandingan yang sebenarnya.Pasukan bola sepak contohnya,tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja.Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza.Justeru,pernyataan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan.Pencapaian jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan ratu skuasy negara,Datuk Nicol Ann David sehingga membolehkan mereka berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa.Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar,"ibarat melepaskan batuk di tangga".Sebaliknya, ia menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan atlet,pihak-pihak berwajib dan malahan peminat sukan tanah air.
         Di samping itu,Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlulah berperanan mencungkil bakat-bakat muda daripada peringkat sekolah lagi.Kita sedia maklum bahawa para pelajar di seluruh negara begitu ramai yang mempunyai bakat yang terpendam dalam bidang sukan.Buktinya,semasa kejohanan sukan di peringkat sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan,kita dapati ramai pelapis muda yang berbakat dan berpotensi.Namu bakat merka tenggelam begitu sahaja setelah tamat zaman persekolahan.Oleh hal yang demikian,pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta badan-badan sukan untuk menggilap bakat-bakat muda ini hingga mampu bersaing di peringkat antarabangsa.Penubuhan sekolah-sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Sultan Abdul Jalil,Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI),Bandar Penawar dan lain-lain merupakan satu langkah bijak akan datang agar kita tidak ketandusan pelapis dalam bidang sukan negara pada masa akan datang.
         Konklusinya,kemerosotan  mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa.Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan.Mugkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun  Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia.Hanya dengan kerjasama erat semua pihak,misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan.Peribahasa Melayu ada menjelaskan "pengayuh sudah ada di tangan,perahu sudah ada di tangan",terserah kita untuk merealisasikan impian 28 juta rakyat Malaysia."Majulah sukan untuk negara!"

Cara-Cara Menghargai Jasa Guru

      Guru ialah insan yang mengajar dan mendidik kita tanpa mengira masa,tenaga serta wang ringgit.Mereka ibarat lilin yang membakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada pelajar.Tanpa usaha dan pengorbanan guru,tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang.Lantaran itu,kita sewajarnya menghargai jasa guru dan pengorbanan para guru.
      Budi bahasa dan adab sopan amalan yang mulia.Pelajar yang menjaga tutur kata dan adab ketika berhadapan dengan guru merupakan antara cara kita menghargai jasa guru.Para pelajar perlulah sentiasa bermuka manis sambil mengucapkan selamat sejahtera atau memberi salam ketika berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan.Semasa di dalam kelas,pelajar yang menghormati guru tidak sesekali membuat bising sehingga menggangu guru yang menjalankan tugasnya.Mereka sewajarnya memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang bertanya dan berbincang tentang pelajaran.Ketika mengadakan sesi perbincangan di kelas,pelajar perlu menjaga tatasusila,tidak meninggikan suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra.Bukankah guru merupakan lubuk akal lautan ilmu? Tegasnya,berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan amalan terpuji bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita.
       Selain itu,berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga cara menghargai jasa guru.Antara ciri-ciri pelajar berdisiplin ialah mereka sentiasa datang awal ke sekolah,sentiasa menepati masa,tidak terlibat dalam gangsterisme,vandalisme mahupun ponteng sekolah.Selain itu,pelajar berpakaian seragam dengan kemas dengan rambut bersisir rapi.Amalan seumpama ini memupuk disiplin pelajar untuk bersedia belajar seterusnya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.Jika disiplin terkawal,sudah tentu memudahkan tugas guru untuk mengajar seterusnya mendidik pelajar agar berjaya dengan cemerlang.Peribahasa "bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat"membuktikan kerjasama erat antara guru dan pelajar dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan pasti menjadi pemangkin kecermelangan akademik serta sahsiah pelajar.Jelaslah,mematuhi disiplin mencerminkan penghormatan pelajar kepada guru.
       Di samping itu,pelajar perlu prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru.Amalan mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan yang mulia.Para guru akan merasakan bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar lagi.Kita boleh menghargai jasa guru dengan meraikan sambutan hari guru pada setiap tanggal 16 Mei.Pada hari ini juga,kita boleh memberikan hadiah kepada guru yang mengajar kita sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan.Hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas.Barang yang murah akan menjadi tanda mata yang sangat berharga jika pemberian tersebut dengan hati yang penuh ikhlas.Jika tidak mampu memberi hadiah,ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru.
       Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga cara  kita menghargai jasa para guru.Sebagai manusia tentunya para guru menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan.Misalnya,guru mungkin ditimpa kemalangan,bencana,menghidapi penyakit dan sebagainya.Sebagai murid,kita perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat "cubit peha kanan,peha kiri terasa sakitnya".Ketika menziarahi mereka sakit,kita perlulah membawa buah tangan sebagai tanda kita bersimpati terhadap mereka.Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam,kita perlu mengutip derma bagi meringankan beban yang mereka tanggung.Jelaslah bahawa frasa "guru...jasamu dikenang,budimu disanjung" bukanlah sekadar omongan kosong kerana pengorbanan guru sentiasa dikenang oleh para pelajar.
       Selain itu,kita juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik kita.Mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka.Kita perlulah mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya.Hal ini kerana jika guru sihat, sudah tentu mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dengan sempurna.Bagi mereka yang telah meninggal dunia,kita perlulah mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan supaya mereka sejahtera di alam barzakh.Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa.
       Sudah terang lagi bersuluh,jasa dan pengorbanan seseorang guru itu sukar untuk dibalas walau dengan segunung intan.Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan.Justeru,marilah kita bersama-sama menghargai jasa guru agar ilmu yang kita perolehi daripadanya mendapat keberkatan daripada tuhan.

Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang

               Berderap seiring berjalan pulang, 
          Mawar disisip hiasan si dara, 
          Remaja kini berperibadi cemerlang,
          Menjadi tunjang aspirasi negara.

       Pantun di atas menerangkan bagaimana seorang pelajar yang cemerlang dapat memberikan kebaikan kepada negara.Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang mampu merealisasikan aspirasi negara dan seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan negara.Sehubungan dengan itu,setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi pelajar yang cemerlang,bak kata peribahasa,"kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya".Bagi menjadi pelajar yang cemerlang,pelbagai kriteria yang positif perlu dipraktikan dalam kehidupan seharian mereka.
       Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama keluarga,guru mahupun rakan-rakan.Sebagai contoh,pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka.Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran.Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa,agama dan prestasi akademik kerana menyedari bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Allah.Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti kera sumbang.Oleh itu,jelaslah bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.
       Seterusnya,pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama.Setiap agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam,Kristian,Hindu mahupun Buddha.Pelajar yang cemerlang sentiasa menjadikan agama sebagai panduan hidup.Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang seperti kata seorang cendekiawan,permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal Tuhan dan agamanya.Pelajar yang cemerlang akan sentiasa mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka.Sebagai contoh,seorang pelajar Islam yang cemerlang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan.Oleh itu,jelaslah bahawa agama menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial(JERIS).
        Selain itu, pelajar yang cemerlang sentiasa menyedari hakikat bahawa masa itu emas dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya.Mereka sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelabagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku,mengulang kaji pelajaran dan beriadah.Mereka sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku,mengulang kaji pelajaran dan beriadah.Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani.Penyediaan jadual aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja belajar sahaja.Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa terluang.Hal ini demikian kerana mereka menyedari melalui pembacaan,mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar cemerlang.Mereka juga tidak mengamalkan sikap "seperti pahat dengan penukul" dalam proses menuntut ilmu.Oleh hal yang demikian,jelaslah kepada kita semua bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi setiap saat dan minit dalam kehidupan mereka agar tidak berakhir dengan penyesalan.
        Di samping itu,ciri pelajar yang cemerlang juga sentiasa memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar.Hal ini demikian kerana perhatian dan tumpuan yang diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari.Sebagai contoh,seseorang pelajar haruslah memberi sepenuh perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.Mereka harus menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana masa itu ibarat pedang,jika kita tidak memotongnya,maka ia akan memotong kita.Tumpuan dan perhatian pelajar di dalam kelas sahaja menjadi salah satu ciri pelajar cemerlang malahan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari.Tambahan lagi sekiranya mereka menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka,mereka akan disenangi oleh para guru.Para guru akan berasa senang hati ketika mengajar seterusnya memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran,peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang.Oleh hal yang demikian jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan tumpuan semasa guru sedang mengajar di dalam kelas.  
          Bukan itu sahaja,pelajar yang cemerlang juga mempunyai wawasan hidup.Hal ini demikian kerana wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat mencapai segala cita-cita dalam hidup mereka.Sebagai contoh,mereka yang cemerlang sentiasa mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.Selain itu,wawasan hidup mampu mengajar mereka erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan melakukan aktiviti mereka berwawasan,mereka sentiasa berusaha gigih kerana "yang bulat tidak datang bergolek,yang pipih tidak datang melayang".Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju kehidupan serta tidak mudah berputus asa dalam kehidupan mereka.Walaupun mereka mungkin menemui kegagalan dalam sesuatu perkara mereka tidak akan mudah bersedih malahan menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan.Wawasan hidup juga mampu menjauhkan diri daripada sifat hingga selesai,bak kata peribahasa,"alang-alang menyeluk perkasam,biar sampai ke pangkal lengan".Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi penghalang kepada diri mereka dalam menempa kejayaan hidup.Oleh hal yang demikian,jelaslah bahawa pelajar yang berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang.
         Sementara itu,untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang,setiap pelajar hendaklah sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.Hal ini demikian kerana melalui aktiviti kokurikulum di sekolah,bakat dan kebolehan para pelajar akan terserlah dan dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan.Secara tidak langsung,para pelajar akan sentiasa melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang diadakan oleh unit beruniform serta kelab dan persatuan seperti berkawad dan berkhemah.Dalam konteks ini,para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana "otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas".Para pelajar juga haruslah menyertai sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri sama ada melalui unit beruniform mahupun akademik.Contohnya,pelajar yang cemerlang akan menyertai pertandingan yang dapat menguji minda serta pemikiran mereka seperti pertandingan perbahasan forum dan catur.Oleh hal yang demikian,setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan seimbang.    
        Kesimpulannya,kriteria-kriteria yang positif perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua skop kehidupan.Pelajar yang cemerlang mampu berfikir luar daripada kotak pemikiran dan seterusnya mampu merealisasikan aspirasi negara.Hal ini demikian kerana pelajar yang cemerlang merupakan pemacu jentera negara dan akan menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan.Oleh itu,generasi pelajar yang cemerlang perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata peribahasa melayu,"melentur buluh biarlah dari rebungnya".


Usaha-usaha Individu Memupuk Amalan Membaca

     Masa bergerak pantas kerana pejam celik sahaja kita sudah berada pada alaf milenium di samping menyusuri,meniti abad yang mendatang.Abad ke-21 telah menyaksikan pelbagai cetusan idea dan percubaan yang membanggakan yang dilaksanakan supaya negara Malaysia dapat mendabik dada kerana berjaya duduk setaraf,sebaris dan setanding dengan negara atas angin yang moden bak kata pepatah "duduk sama rendah,berdiri sama tinggi".Sayang dan malang sekali,di sebalik kemajuan tanah tumpah darah ini,terdapat lakaran suam yang membayangi tamadun dan peradaban masyarakat kita.Pada realitinya,tabiat atau budaya membaca dalam kalangan masyarakat masih berada pada takluk lama "bagai hidup segan mati tidak mahu"malahan bilangan yang dibaca oleh mereka boleh dikira menggunakan jari.Angka-angka dan data-data yang sahih lagi tepat yang didedahkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia amat memeranjatkan kerana rakyat Malaysia hanya membaca purata satu halaman daripada sebuah buku dalam masa setahun.Siapakah yang harus dipersalahkan? Pada hemat saya,sikap menunding jari tidak akan menguntungkan mana-mana pihak malahan menambahburukkan situasi yang semakin parah ini.Oleh hal yang demikian,saya berpendapat bahawa seluruh serata masyarakat harus memerah otak keringat untuk merungkai kemelut ini.Memang tidak disangkalkan bahawa saya juga berperanan vital dan penting untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup diri saya.Cepu kepala dan otak terus bersimpul dengan tanda tanya,apakah peranan yang pragmatik dapat saya lakukan untuk memupuk amalan membaca dalam sanubari?
       Norman Vince Pale pernah mengatakan bahawa masalah itu tanda kehidupan,semakin banyak masalah anda,semakin hidup jiwa anda.Kata-kata hikmat tersebut sengaja dipetik untuk menunjukkan bahawa setiap kemelut dan masalah yang kita hadapi tentu mempunyai jalan penyelesaiannya yang ampuh dan efektif.Sebagai mukadimah dan tirai perbincangan,saya ingin memfokuskan huraian saya secara dalam dan menyeluruh lagi objektif dengan mengenal pasti dan mengupas perisai yang efektif dalam usaha menjadikan membaca sebagai amalan hidup.Isu dan fakta yang dihuraikan di atas akan ditinjau dan dilihat dari kaca mata penyertaan dalam program NILAM.Pihak kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha untuk menanam minat membaca dalam kalangan pelajar melalui Program Nadi Ilmu Amalan Membaca(NILAM) dengan hasrat merealisasikan hasrat dasar buku negara seperti yang diperkatakan oleh Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk menjadikan negara kita "negara pembaca".Oleh hal yang demikian,sebagai anak watan Malaysia yang kamil dan soleh,saya perlu rajin bersengkang mata untuk membaca dan menuntut ilmu seterusnya aktif dan mengambil bahagian dalam pertandingan NILAM untuk mengamalkan tabiat membaca dalam diri saya,memandangkan "Membaca Jambatan Ilmu"yang sering diuar-uarkan oleh masyarakat kini mempunyai kebenarannya.Seperti yang kita sedia maklum,program NILAM yang berteraskan amalan membaca dapat merangsang minat membaca dalam kalangan pelajar.Bertungkus lumus membaca untuk mendalamkan ilmu dan meluaskan horizon pemikiran supaya dapat menghadapi cabaran dalam program tersebut.Kata-kata pujangga Barat yang terkenal,Mendelir Salamander pernah mengatakan bahawa "buku merupakan wahana yang paling baik untuk menjadikan seseorang itu memiliki pengetahuan".Menyedari hakikat itu,ikhtisasnya saya akan tekun menyelami lautan ilmu dengan rajin membaca kerana amalan membaca adalah amalan luhur.
       "Sebelum retak menanti belah,sebelum bisul menjadi nanah" dan "sebelum nasi menjadi bubur",jika kita bersedia memerah otak dan keringat serta berikhtiar berhempas pulas,tentu ada formula penyelesaian dan tentu bukanlah satu sahaja kerana"di mana ada kemahuan,di situ ada jalan".Huraian diatas akan didalami dan dibugarkan dari perspektif pendirian sudut bacaan di rumah atau bilik sendiri.Saya ingin menegaskan bahawa perubahan diri sendiri merupakan cara yang paling proaktif dan mujarab untuk menjadikan amalan membaca sebagai amalan dalam kehidupan.Demi memupuk budaya membaca dalam jiwa saya,saya perlu menyediakan sudut bacaan atau perpustakaan mini di rumah bersama-sama keluarga dan menggalakkan serta mendorong kami sekeluarga supaya berjinak-jinak dengan bidang ilmu supaya amalan membaca diterapkan dalam minda setiap anggota keluarga.Selain itu,saya perlu membeli pelbagai judul buku yang menarik dan sesuai untuk dibaca di samping mengamalkan budaya membaca sebelum tidur dengan adik-adik saya.Nevile Black,seorang ahli falsafah Barat berpendapat bahawa ilmu pengetahuan adalah alat serta aset yang paling dominan sekiranya kita ingin bersaing dengan pihak lain pada zaman moden yang menuntut kemajuan.Selaras dengan itu,saya perlu memberi dorongan kepada ahli keluarga dan diri sendiri untuk mencari,menuntut dan menimba ilmu yang sebanyak mungkin,memandangkan "ilmu itu pelita hidup".Atas kedahagaan menuntut ilmu pengetahuan,saya akan membaca dan terus membaca sehingga menjadi seorang modal insan yang berminda kelas pertama.Menurut Datuk Arbaiah Sulung,pakar psikologi tempatan,"ibu bapa atau kakak dan abang merupakan teladan yang berkesan dan berpengaruh kepada anak-anak kecil".Memandangkan pernyataan di atas,pada hemat saya,saya perlu memupuk amalan membaca dalam diri sekali gus menjadi "role model"kepada adik-adik saya.
       "Jika satu pintu tertutup,pintu lain akan terbuka".Namun terkadang kita melihat dan menyesali pintu yang tertutup tersebut sehingga tidak dapat melihat pintu lain yang terbuka".Memetik kata-kata mutiara Andelucia Longbotton,seorang ahli sains dan matematik barat,"sudah terang lagi bersuluh"bahawa terdapat pelbagai cara yang berkesan dan ampuh dalam mengatasi kemelut kekurangan minat membaca dalam kalangan masyarakat.Sebagai kesinambungan dan kelangsungan perbincangan saya,saya ingin memberi pendapat yang bernas bahawa amalan membaca surat khabar saban hari merupakan usaha yang amat mustahak dalam memupuk tabiat membaca dalam minda saya.Sebagaimana yang kita sedia maklum,surat khabar merupakan santapan rohani dalam jiwa seseorang dan seharusnya diterapkan dalm rutin kehidupan.Dengan membaca surat khabar setiap hari,artikel-artikel yang menarik minat dan menggamit hati pembaca untuk membca dan terus membaca sehingga ke muka surat yang terakhir.Selain itu,saya juga dapat memperluas ilmu pengetahuan dan mengetahui isu semasa dan pelbagai perkara yang berlaku di seluruh dunia melalui berita dan isu semasa yang dipaparkan dalam surat khabar.Tidak ketinggalan juga,saya sepatutnya sentiasa menyertai pameran buku yang dianjurkan oleh pustaka buku secara intensif,istiqamah dan berkesan.Pelbagai buku yang merangkumi pelbagai bidang dan sesuai untuk semua peringkat umur akan dipamerkan. Secara tidak langsung,saya dapat memupuk budaya membaca atas ransangan minat membaca kerana sentiasa berjinak-jinak dengan buku-buku ilmiah.Deduksinya, kekerapan mengunjungi pameran buku,perpustakaan dan mengamalkan pembacaan surat khabar setiap hari merupakan cara yang terbaik kerana falsafah Islam ada mengatakan bahawa perubahan diri sendiri dan kekerapan menerima pengaruh yang baik dapat membentuk keperibadian yang unggul dalm diri sendiri.
       Memang tidak dapat disangkalkan bahawa negara kita sedang mengecapi perkembangan dan kemajuan dengan menongkah arus globalisasi,liberalisasi dan duniawi yang melanda seantero dunia.Oleh hal yang demikian,untuk meneruskan perjuangan kita merealisasikan hasrat membentuk negara pembaca teras maju.Saya juga berperanan penting dalam menyahut cabaran negara supaya menjadi seorang rakyat yang minat membaca.Pada dasarnya,media massa sebagai arus perdana yang berpengaruh sama ada media cetak atau media elektronik sentiasa mengadakan pertandingan atau aktiviti malahan kempen kesedaran di seluruh pelosok negara untuk memupuk minat membaca dalam masyarakat.Oleh hal yang demikian,saya perlu menyertai aktiviti seperti sayembara,menulis esei,syarahan dan sebagainya untuk menanam minat membaca.Tidak ketinggalan juga,saya dapat mengajak rakan-rakan sebaya ataupun ahli keluarga untuk menyertai kempen"Amalan Membaca Nadi Ilmu Pengetahuan"bersama-sama.Hal ini diibaratkan "sambil menyelam minum air" dan "serampang dua mata" kerana dapat menjalinkan hubungan silaturahim serta mendapat info terkini tentang amalan membaca.
      Perbincangan saya tentang mauduk di atas sudah meniti ke puncaknya maka sebagai akhir kalam,saya ingin membuat konklusi bahawa amalan membaca mendatangkan pelbagai faedah dan kemaslahatan kepada seseorang.Sekiranya usaha-usaha yang menyeluruh dan pragmatik dilakukan oleh seseorang untuk menjadikan sebagai amalan hidup.Di samping itu,saya juga berpendapat bahawa seluruh serata masyarakat Malaysia bertanggungjawab dan bertungkus lumus untuk memupuk tabiat membaca yang luhur dan murni ini dalam kehidupan rakyat yang bermain dengan fantasi dan enggan meluaskan horizon pemikiran menyebabkan mereka terus terpinggir dan tercicir dalam arus pemodenan sedangkan orang lain sudah melangkah jauh ke hadapan untuk menjulang nama negara Malaysia ke puncak jagat,anak watan Malaysia mestilah membina azam dan iltizam tinggi untuk menanam amalan membaca dalam jiwa mereka supaya menjalinkan jaringan kecermelangan dalam pelbagai bidang.Biarlah pepohon terus menghijau,biarlah sang matahari terus bersinar dan biarlah Malaysia terus cermelang,gemilang dan terbilang di persada dunia.
    Deduksinya,segenap lapisan masyarakat perlu menjayakan dan merealisasikan wawasan 2020 yang diimpikan dengan mengamalkan budaya membaca membaca kerana golongan inteligensia dan intelektual merupakan tulang belakang sesebuah negara untuk menggapai lonjokan masa depan.Malaysia Boleh!


Langkah-Langkah Membantu Orang Kurang Upaya (OKU)

        Orang Kurang Upaya merupakan orang kurang bernasib baik.Mereka dilahirkan dalam keadaan cacat atau mengalami kemalangan yang mejejaskan anggota badan.Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana kekurangan yang dimiliki.Mereka perlu dibantu untuk melakukan sesuatu pekerjaan.Terdapat pelbagai pihak yang perlu memainkan peranan untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU).
        Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak mereka supaya menghormati serta tidak memandang hina OKU.Hal ini demikian kerana OKU juga mempunyai perasaan ingin dihargai,disayangi dan dihormati oleh masyarakat.Sebagai contoh,anak-anak diajar supaya tidak memandang sebelah mata serta tidak mentertawakan apabila berhadapan dengan golongan tersebut.Oleh itu,ibu bapa perlu mendidik anak-anak supaya menghormati OKU.
        Selain itu,pihak kerajaan boleh menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan kemahiran kepada golongan OKU.Hal ini demikian kerana pendidikan dan kemahiran sangat penting demi masa depan mereka.Langkah pihak kerajaan mewujudkan Kelas Pendidikan Khas patut dipuji.Jelaslah bahawa,pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam membantu OKU sebagaimana slogan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak,"Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan".
         Di samping itu,pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan OKU menjalani kehidupan yang lebih baik.Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan jangan menggangap OKU sebagai beban.Sebagai contoh,usaha murni pengusaha pusat beli-belah yang menyediakan kemudahan untuk golongan OKU seperti lorong khas,tandas dan tempat letak kenderaan amat dihargai.Sikap pihak swasta yang menunjukkan keperihatinan dan menunaikan tanggungjawab mereka terhadap golongan yang kurangt bernasib baik ini perlu dicontohi.
         Seterusnya,pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan malumat peluang pendidkan dan kerjaya bagi OKU.Setiap maklumat mestilah disampaikan dan disebarkan oleh pihak media massa kepada orang ramai.Kempen Masyarakat Penyayang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan melalui saluran media massa ,maklumat boleh disalurkan melalui iklan,kempen dan melalui drama.Kesannya,orang ramai akan mendapat maklumat tentang OKU secara telus.Jelaslah bahawa nasib OKU akan terbela dengan adanya peranan media massa.
          Setiap individu perlu menunjukkan nilai-nilai murni.Hal ini demikian kerana setiap individu mempunyai tanggungjawab masing-masing.Sebagai contoh,mereka perlu membantu golongan OKU semasa melintas jalan,menaiki bas atau ketika OKU memerlukan sebarang bantuan,"berat mata memandang,berat lagi bahu memikul".Pendek kata,setiap individu hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni bagi membantu golongan ini.
          Kesimpulannya,"sudah terang lagi bersuluh",pelbagai pihak perlu memainkan peranan untuk membantu OKU.Semua pihak perlu berganding bahu,bak kata peribahasa "berat sama dipikul,ringan sama dijinjing",bagi membela hasib dan masa depan golongan OKU.

Keluarga Impian Saya

       "Rumahku,Syurgaku".Ungkapan keramat ini memanifestasikan peri pentingnya setiap ahli dalam sesebuah keluarga memainkan peranan masing-masing dengan akhlak mungkin sehingga menjelmakan kebahagiaan yang menjadikan rumah seumpama syurga.Semua insan mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia,tidak terkecuali saya.Dalam sebuah keluarga yang bahagia nilai toleransi,bertimbang rasa,kasih sayang,hormat-menghormati dan kejujuran sewajarnya menunjangi kehidupan seharian ahli-ahlinya.Tidak lengkap jika setiap ahli keluarganya hanya melakukan kerja sendiri tanpa mempedulikan ahli keluarga yang lain kerana sikap saling membantu "bagai aur dengan tebing" harus diamalkan dalam sesebuah keluarga.Hal ini dapat diibaratkan seperti "makan nasi tidak berlauk".Sukar untuk dipercayai jika seseorang itu mengatakan bahawa dia tidak mengimpikan keluarga yang bahagia lagi harmoni.Kita harus membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan itu kerana tanpa keluarga tidak mungkin kita akan menjadi insan yang berjaya dalam kehidupan.
         Sesungguhnya setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipan masing-masing demi mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.Ibu bapa haruslah memainkan peranan penting untuk membina keluarga yang harmoni dan mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga.Ibu bapalah yang akan membentuk sahsiah anak-anak.Ibu bapa jugalah yang akan memberikan bekalan yang terbaik kepada anak-anak seperti ilmu pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni.Anak-anak pada era globalisasi ini semakin cepat menerima apa-apa yang dipelajari,maka anak-anak ini perlu dibaja dengan perkara yang baik dan berfaedah serta membuahkan hasil.Anak-anak diibaratkan seperti sehelai kain putih yang harus dicorakkan oleh ibu bapa mereka supaya menjadi sehelai kain batik yang cantik lagi menarik.Sewaktu anak-anak masih kecil,ibu bapalah yang menjadi guru mereka kerana merekalah guru yang pertama dan terdekat yang boleh membimbing anak-anak supaya menjadi insan yang berwawasan apabila dewasa kelak.Anak-anak akan meniru jejak langkah ibu dan bapa mereka sejak kecil lagi kerana mereka merupakan idola anak-anak mereka semasa kecil dan hal ini dapat diibaratkan seperti "bagaimana acuan begitulah kuihnya".Haruslah diingatkan bahawa setiap tingkah laku yang dipamerkan oleh ibu bapa pasti ada yang akan menjejaki langkah mereka.Tuntasnya,benarlah bahawa ibu bapa haruslah membentuk sahsiah anak-anak mereka untuk menjadi insan yang cermelang dari segi fizikal mahupun rohani mereka dan ciri keluarga beginilah yang menjadi impian saya.
        Pendidikan bermula dari rumah.Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak mereka "yang mana intan,yang mana kaca",iaitu mereka bijak membezakan antara perbualan yang baik dan sebaliknya.Hal ini disebabkan oleh kedapatan anak-anak yang bersifat lurus bendul yang tidak berupaya membezakan antara perbuatan yang baik dan perbuatan yang buruk.Dalam konteks ini,ibu bapa haruslah mengajar anak-anak mereka tentang realiti menempuh kehidupan yang diredai Tuhan.Ibu bapa harus mengawasi pergaulan anak-anak di luar rumah kerana dikhuatiri mereka terlampau bebas sehingga terjerumus ke lembah dunia yang penuh dengan masalah sosial dan susila yang meruncing sedangkan mereka masih berumur 
setahun jagung,setampuk darah pinang.Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka agar tidak bergaul dengan rakan yang buruk akhlaknya kerana hal tersebut akan menggelapkan masa depan mereka.Tidak cukup jika kasih sayang yang diberikan seperti bena tak bena.Sebaliknya,ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang mereka dengan secukupnya selain menggangap anak-anak seperti "menatang minyak yang penuh".Didikan agama harus ada dalam diri seseorang.Ibu bapa wajib memastikan anak-anak mereka memperoleh didikan agama tersebut kerana tanpa pegangan agama yang kukuh kita akan tersesat seperti "layang-layang terputus talinya".Ibu bapa haruslah menerapkan ajaran agama ini sejak anak-anak masih kecil lagi.Hal ini kerana hati anak yang tidak dicemari dosa mudah untuk dipupuk kerana "melentur buluh biarlah dari rebungnya".Ironinya,ibu bapa haruslah mendidik anak-anak sejak mereka kecil lagi supaya mereka tidak tersesat ketika menempuh belantara kehidupan.Justeru itu,inilah antara ciri yang perlu ada dalam keluarga yang menjadi idaman saya.
        Anak-anak akan kehilangan semangat untuk melakukan sebarang kerja seharian jika ibu bapa tidak meluangkan masa dengan mereka walaupun haya untuk bertanyakan khabar.Lantaran itu,ibu bapa haruslah menitikberatkan perkara ini dan haruslah berusaha sedaya mungkin untuk meluangkan masa bersama dengan anak-anak.Meluangkan masa besama-sama ahli keluarga tidak bererti mereka hanya melakukan aktiviti di luar rumah,bahkan usaha tersebut boleh juga dilakukan di rumah seperti membincangkan masalah yang membelenggu pemikiran anak-anak di samping menyelesaikannya.Ibu bapa haruslah mengambil berat terhadap anak-anak dengan bertanyakan masalah yang dihadapi,perkembangan pelajaran di sekolah dan kehidupan sosial mereka.Ibu bapa tidak seharusnya memperlihatkan sikap rakus dalam mengejar fatamorgana dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.Wang ringgit bukanlah penyelesaian bagi setiap masalah yang dihadapi tetapi kasih sayang yang ikhlas dari lubuk hati yang suci itu adalah penting bagi menjana keluarga bahagia.Tidak salah jika ibu bapa mencari rezeki pada siang hari,tetapi jika sering pulang lewat petang sehingga mengabaikan makn minum anak-anak,tentu mereka makan hati.Peribahasa arab pernah mengatakan bahawa anak-anak yang memperoleh kurang kasih-sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.Walau bagaimanapun,ibu bapa haruslah meluangkan masa mereka bersama dengan anak-anak agar mereka tidak kesunyian di samping dapat membina keluarga bahagia.
        Menjadi anak yang derhaka ialah perkara yang dilarang sama sekali dalam mana-mana ajaran agama.Untuk mewujudkan keluarga bahagia,anak-anak haruslah menuruti perintah ibu bapa mereka.Anak-anak hendaklah belajar dengan penuh kesungguhan dan mendapat keputusan yang cemerlang kerana pencapaian tersebut dapat membanggakan ibu bapa untuk membalas jasa mereka.Anak-anak seharusnya memuliakan maruah diri dan maruah keluarga dengan tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang tidak sihat seperti vandalisme,lumba haram dan menagih dadah.Anak-anak sewajarnya mendengar nasihat ibu bapa,bukannya menjadikan diri mereka tidak ubah seperti "mencurahkan air ke daun keladi".Tidak sepatutnya jasa ibu bapa yang tidak terbalas itu dilupakan begitu sahaja.Sebagai insan yang bergelar anak,kita haruslah mengenang jasa mereka kerana kita ditegah menjadi seperti "kacang lupakan kulit".Anak-anak haruslah mengambil alih tugas ibu bapa yang dahulu menjaga kita sewaktu kecil dan kini tugas itu diambil oleh generasi muda untuk menjaga ibu bapa mereka yang sudah uzur yang sudah tidak boleh menguruskan diri mereka lagi.Jika ibu bapa boleh menatang kita seperti "menatang minyak yang penuh",mengapa kita sebagai anak tidak boleh melakukan hal yang sama? Hal ini disebabkan mereka masih tidak bijak untuk menghargai seseorang yang telah berjasa kepada diri mereka sedangkan ibu bapalah yang telah membimbing,mendidik dan menjaga mereka sejak mereka kecil lagi.Seandainya tiada ibu bapa,siapa kita pada hari ini? Akhir sekali,anak-anak harus mentaati perintah ibu bapa agar keluarga bahagia dapat dibina.Oleh itu,inilah antara ciri yang perlu ada dalam sebuah keluarga yang menjadi idaman saya.
         Haruslah menjadi kewajipan dalam institusi kekeluargaan untuk saling hormat-menghormati antara satu sama lain.Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan pertelingkahan terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak kerana keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap seperti ini dan hal ini boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung.Ramai orang mengatakan bahawa keluarga yang bahagia ialah keluarga yang harmoni,aman dan damai.Sebagai ahli keluarga yang prihatin dan mengambil berta terhadap keluarga,mereka haruslah mewujudkan situasi ini dalam keluarga agar keluarga kita  dihormati oleh masyarakat luar dan tidak dipandang serong serta dipandang hina.Ahli keluarga haruslah bahu-membahu antara satu sama lain.Seandainya dalam keluarga itu ada seorang yang lemah dalam subjek matematik,haruslah dibantu oleh adik beradik yang lain kerana sikap bantu membantu ialah sikap yang baik dan mulia.Orang yang kedekut ilmu selalunya merupakan orang yang rugi kerana mereka tidak ingin membantu memajukan generasi akan datang,malah mereka lebih rela melihat generasi akan datang dipijak oleh penjajah.Kita haruslah mengamalkan sikap "berat sama dipikul,ringan sama dijinjing"dan "ke gunung sama didaki,ke lurah sama dituruni".Tegasnya,setiap ahli keluarga bahagia di samping membangunkan generasi akan datang agar sesebuah institusi keluarga itu menjadi keluarga yang dihormati.
         Keseluruhan di atas merupakan antara ciri keluarga bahagia yang menjadi impian saya,terutamanya setelah saya dewasa dan membina keluarga sendiri.Semuanya akan menjadi kenyataan sekiranya saya berjaya dalam bidang pelajaran yang sudah pasti akan menjadikan masa hadapan saya berjaya dalam bidang pelajaran yang sudah pasti akan menjadikan masa hadapan saya cerah kerana kedudukan ekonomi saya yang stabil.Selain itu,saya dan pasangan yang menjadi suri kehidupan saya akan memikul tanggungjawab dengan sebaik yang mungkin agar anak-anak akan menjadikan kami sebagai role model mereka.Dengan keizinan daripada Yang Maha Esa,mudah-mudahan impian saya akan tercapai.Lebih jauh lagi,saya mesti berusaha dengan penuh kesungguhan agar impian tidak tinggal sebagai mimpi di siang hari kerana tanpa usaha tiadalah kejayaan.Semoga fajar yang menyingsing pada sekurang-kurangnya sepuluh tahun akan datang memberikan sinaran paling gemilang dalam kehidupan saya berkeluarga.


Faedah Mempelajari Seni Mempertahankan Diri

     Seni mempertahankan diri diwarisi sejak dahulu.Seni ini mempunyai banyak keunikan tersendiri kerana menggabungkan aspek fizikal dan mental.Terdapat pelbagai jenis seni mempertahankan diri seperti kungfu,silat,silambam dan sebagainya.Seni ini boleh dipelajari sepenuh masa atau secara sambilan.Terdapat pelbagai organisasi yang mengajar kemahiran seni mempertahankan diri.Seni mempertahankan diri wajar dipelajari kerana persekitaran yang semakin kurang selamat akibat peningkatan aktiviti jenayah yang semakin membimbangkan.Oleh itu,seni ini perlu dipelajari sebagai persediaan sekiranya berhadapan dengan situasi yang berbahaya serta memberi banyak faedah lain apabila dipelajari kerana "hanya jauhari mengenal manikam".
         Seni mepertahankan diri yang dipelajari oleh seseorang dapat menyihatkan badan.Seni mempertahankan diri dianggap sebagai satu sukan.Seni mempertahankan diri melibatkan pergerakan anggota badan.Apabila berlatih tangan,kaki,kepala dan bahu digunakan sepenuhnya.Semasa berlatih,kita menggunakan tangan untuk menumbuk kaki untuk menendang dan melompat serta bahu untuk menggelak daripada diserang.Apabila berlatih dengan bersungguh-sungguh,seluruh tenaga digunakan.Hal ini menyebabkan tubuh badan akan berpeluh dan mengeluarkan toksik dari dalam badan.Penggunaan tenaga yang banyak akan membakar lemak menyebabkan berkurangnya kolesterol tidak baik daripada bahan.Apabila kolesterol dipecahkan,pengaliran darah lebih lancar dan tidak tersumbat.Hal ini mengurangkan risiko penyakit kronik seperti jantung,darah tinggi,strok dan sebagainya.Tidak syak lagi mempelajari seni mempertahankan diri akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas serta memiliki otak yang cerdas.
        Selain itu,belajar seni mempertahankan diri dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.Pepatah ada menyebut bahawa kita tidak boleh menebus satu inci masa dengan satu inci emas.Justeru,jika kita mempunyai masa terluang isikan dengan aktiviti berfaedah.Aktiviti yang berfaedah akan memberi nilai tambah untuk kehidupan pada masa hadapan.Setiap orang wajib menggunakan masa lapang seperti cuti hujung minggu,cuti sekolah dan sebagainya dengan aktiviti berfaedah.Apabila ada masa lapang,kita boleh mempelajari seni mempertahankan diri.Aktiviti ini dilakukan selama dua atau tiga jam sehari sama ada pada waktu siang atau malam.Kesimpulannya,menggunakan masa lapang untuk belajar seni mempertahankan diri adalah satu tindakan bijak dan berpandangan jauh  agar kita tidak terjerumus dalam aktiviti yang merosakkan moral seperti mencuri,merokok, merempit dan sebagainya.Hal ini membantu kita bersedia dengan segala kemungkinan buruk kerana malang tidak berbau.
       Seterusnya,mempelajari seni mempertahankan diri umpama menyediakan benteng pertahanan pada diri.Peribahasa melayu ada menyebut agar kita perlu "sediakan payung sebelum hujan" kerana malang tidak berbau.Jenayah keganasan seperti rogol,ragut,kecurian dan sebagainya telah menjadi satu wabak yang dibimbangi oleh semua pihak.Jenayah di atas bukan sahaja menyebabkan kerugian harta benda bahkan mencederakan anggota badan dan boleh juga menyebabkan kematian.Kegiatan jenayah ini dapat dibendung jika setiap rakyat tahu untuk mempertahankan diri masing-masing jika diancam sementara menunggu bantuan yang tiba kemudian.
       Kesimpulannya,semua pihak perlu sedar tentang keperluan untuk mempelajari seni mempertahankan diri.Jika seseorang tidak mempunyai apa-apa kemahiran seni mempertahankan diri,dia akan terdedah kepada bahaya yang boleh mengancam nyawanya.Semua rakyat Malaysia perlu meluangkan masa untuk mempelajari seni mempertahankan diri supaya kehidupan menjadi lebih tenang dan berkeyakinan.Semua usaha ini hanya akan berjaya jika terdapat kesungguhan dan kerajinan mempelajari seni mempertahankan diri kerana "kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya".


Kepentingan Membeli Barang Tempatan

       Zaman beralih musim bertukar,kini Malaysia berdiri gah sebaris dengan negara-negara maju selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun.Dasawarsa ini,Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali dan telah mengalami pelbagai anjakan paradigma.Kerajaan mula membuka kawasan perindustrian dalam pelbagai lapangan bagi merancakkan ekonomi negara yang pesat membangun.Situasi ini juga memungkinkan pengeluaran barang buatan Malaysia lebih berkualiti dan setaraf dengan barangan import.Bagi menggapai visi kudsi Wawasan 2020 seperti yang diuar-uarkan oleh bekas perdana menteri yang keempat,wajarlah sektor perindustrian disokong sepenuhnya untuk dinaik taraf bagi memenuhi kehendak pasaran.Oleh itu,kepentingan dalam membeli barangan buatn Malaysia perlu diuar-uarkan dan dipergiat bagi membuka mata rakyat tempatan agar mereka tidak menganaktirikan produk sendiri.
         Kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia yang paling dominan ialah dapat mengelakkan pengaliran mata wang negara kita ke luar negara.Mata wang Malaysia tidak akan mengalir keluar jika rakyat Malaysia sendiri mengutamakan dan membeli barangan tempatan dalam memenuhi keperluan harian mereka.Dana utama negara juga akan meningkat sekali gus akan dapat membendung masalah inflasi.Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengubah tanggapan negatif yang beranggapan bahawa barangan import lebih baik daripada barangan tempatan .Jelaslah bahawa apabila semua rakyat tempatan memilih dan membeli produk tempatan,kita sebenarnya telah berjaya mengawal mata wang kita daripada mengalir ke luar negara.
        Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan pembelian seseorang.Umum mengetahui bahawa membeli barangan import jauh lebih mahal berbanding membeli barangan tempatan.Ramai yang memberikan persepsi "biar papa asal bergaya" dan "alah membeli menang memakai".Pengguna yang mementingkan jenama sanggup berhabis wang untuk membeli barangan import berjenama dengan memandang sebelah mata sahaja bagi barangan tempatan yang sama.Bagi mereka,harga yang mahal itu setanding dengan kualiti sesuatu produk.Sesungguhnya, barangan tempatan lebih murah malah kualitinya juga setanding dengan barangan import.Sebagai contoh,kereta-kereta nasional yang berkualiti seperti Myvi,Viva dan kini Inspira.Tuntasnya,pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan perbelanjaan rakyat Malaysia.
        Pembelian barangan buatan Malaysia juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu berdiri di atas kaki sendiri.Hal ini adalah kerana Malaysia telah berjaya menghasilkan enjin kenderaan berkuasa tinggi untuk perlumbaan Formula Satu (F1).Fenomena ini jelas menggambarkan bahawa Malaysia mampu mengeluarkan produk bertaraf dunia sejajar dengan wawasan negara.Kalau bukan rakyat Malaysia yang menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia ,siapa lagi yang boleh kita harapkan ? Tepuk dada tanya selera.Oleh itu,bagi menunjukkan semangat patriotik rakyat Malaysia haruslah menjayakan kempen Belilah Barangan Malaysia dalam merealisasikan aspirasi negara menjelang 2020 nanti.
        Berbangga dengan barangan Malaysia sebenarnya dapat membantu anak bangsa kita sendiri.Cuba kita bayangkan jika rakyat Malaysia mengagung-agungkan produk asing ? Apakah yang akan terjadi kepada pengusaha tempatan ? Sudahlah kita tidak membantu anak bangsa sendiri malah kita mencurahkan pasir ke periuk nasi mereka.Maka itu,insaflah anak watan yang begitu memandang tinggi terhadap barangan import sehingga memperlekehkan barangan tempatan.Sedarlah bahawa barangan tempatan pun sama hebatnya dengan barangan import.Oleh itu,belilah barangan tempatan kerana secara implisitnya dapat membantu anak bangsa sendiri. 
       Kesimpulannya,mengutamakan barangan tempatan banyak mendatangkan kepentingan kepada rakyat tempatan.Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai jati diridan bermaruah,mereka hendaklah mengikis sikap ego agar negara kita tidak runtuh.Rakyat Malysia perlulah menyokong kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia demi kebaikan rakyat dan negara.Marilah kita bersama-sama berganding bahu,menggemblengkan usaha dalam menjayakan kempen ini kerana "bersatu teguh bercerai roboh".Tanpa komitmen dan sokongan daripada rakyat Malaysia,sudah tentu sukar untuk mengangkat martabat produk tempatan apatah lagi untuk menembusi pasaran antarabangsa.


Langkah-Langkah Memupuk Semangat Kejiranan

     Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita iaitu di sebelah,di hadapan dan juga di belakang rumah kita.Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama,mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita.Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti.Pepatah melayu ada mengatakan bahawa "jiran sepakat membawa berkat".Jadi,kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara.Oleh itu,langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.
         Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong.Melalui aktiviti gotong-royong,jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan.Apabila berkumpul dan berbincang,mereka akan dapat berkenalan antara satu sama yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat.Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah melayu yang mengatakan bahawa "tak kenal maka tak cinta".Sebagai contoh,aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman,menyediakan hindangan kenduri-kendara dan sebagainya.Justeru kita,kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.
        Selain itu,kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan.Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat.Melalui acara rumah terbuka,jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat.Seterusnya,melalui majlis rumah terbuka ini,semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.Sebagai contoh,semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri,Tahun Baharu Cina,Krismas,Deepavali dan sebagainya majlis-majlis hendaklah dijadikan acara tahunan.Jelaslah bahawa majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.
        Di samping itu,kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat.Semasa aktiviti ini diadakan,semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak,memasukkan air ke dalam botol,terompah gajah dan sebagainya.Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan,kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dan bapa,malah anak-anak juga.Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak,gelanggang bola tampar,taman rekreasi atau padang sekolah yang berhampiran.Jadi,melalui aktiviti ini,hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa melayu "ke bukit sama didaki,ke lurah sama dituruni".
       Bukan itu sahaja,kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan.Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur.Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli.Sejak kebelakangan ini,banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun
Tetangga,Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung,Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya.Sebagai contoh,melalui Pertubuhan Rukun Tetangga,masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku.Oleh itu,kita dapat lihat dalam peribahasa melayu iaitu "ibarat aur dengan tebing" yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling-membantu dalam kehidupan.
       Kesimpulannya,kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.Dalam era globalisasi,sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah melayu "bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing".Jika hal ini demikian,semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara.Ada pepatah yang mengatakan bahawa "bersatu kita teguh bercerai kita roboh".Oleh itu,dengan meningkatkan semangat kejiranan,perpaduan akan bertambah utuh dan teguh.Jadi,dalam setiap masa,kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman,harmoni dan sejahtera.


Peranan Keluarga Dalam Menangani Isu Sosial

      Pada alaf globalisasi dan modenisasi,gejala sosial sentiasa menghiasi lembaran lembaran akhbar.Gejala sosial yang semakin meruncing telah menggusarkan masyarakat.Fenomena ini diibaratkan "duri dalam daging" dalam sosial kita.Mengapa pembangunan menteliti rakyat kita sehingga penyakit sosial sentiasa menjadi-jadi "bagai cendawan tumbuh selepas hujan"?. Tampaknya,masalah gengsterisme,vandalisme,samseng jalanan,pembuangan bayi,remaja lari dari rumah sering berkait rapat dengan kebejatan institusi keluarga.Walau bagaimanapun,peranan keluarga amat signifikan untuk mengekang sindrom sosial terutamanya masalah remaja.
         Salah satu peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil kerana "melentur buluh biarlah dari rebungnya".Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat.Senario ini dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial.Sebagai contoh,bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama.Ketua keluarga perlu membimbing anggota keluarga untuk menjalani ibadah solat atau sembahyang dan mengaji kitab-kitab.Oleh itu,anak-anak dapat membezakan antara kaca dan permata kerana ibu bapa memberikan didikan agama dan moral yang sempurna kepada anak-anak.
         Selain itu,ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi pergerakan anak-anak.Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah.Hal ini terjadi demikian kerana banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan pantang dicabar.Jika rakan sebaya mereka tidak berperibadi mulia,remaja yang setahun jagung dan darah setampuk pinang pasti akan mengikut jejak langkah rakan mereka seperti melepak,lumba haram dan sebagainya.Lantaran itu,pergaulan anak tidak boleh dipandang enteng oleh ibu bapa.Dengan kata lain,ibu bapa perlu mewujudkan keluarga yang bahagia demi membentuk personaliti anak-anak yang mulia sehingga berjaya.
        Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak.Suri teladan ibu bapa mampu membentuk sahsiah anak-anak.Tambahan pula,sikap anak-anak yang suka meniru apa-apa sahaja yang dilihatnya.Bak kata peribahasa "bagaimana acuan begitulah kuihnya".Ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif seperti merokok,minum alkohol,mengakses laman web lucah  dan lain-lain lagi."Bapa borek anak rintik" merupakan peribahasa yang perlu dihayati oleh ibu bapa.Sikap ibu bapa yang ego,individualistik,materialistik dan bongkak akan mencanai generasi muda yang berakhlak biadab dan terpengaruh dengan budaya negatif.
       Di samping itu,setiap ahli keluarga juga perlu sentiasa berkongsi masalah.Ibu bapa harus sentiasa bertanyakan masalah anak-anak.Seterusnya,ibu bapa perlu membantu anak-anak meyelesaikan masalah yang dihadapi.Sebagai contoh,ibu bapa boleh meluangkan masa untuk membantu masalah pelajaran anak-anak.Sebaliknya anak-anak perlu memahami tanggungjawab dan bebanan ibu bapa mereka.Anak-anak perlu sentiasa membantu ibu bapa membuat kerja rumah tangga untuk meringankan tekanan mereka.Oleh itu,setiap anggota keluarga akan berasa diri mereka diberikan perhatian oleh ahli keluarga lain.Aktiviti keluarga seperti gotong-royong dan hari keluarga patut diadakan dari semasa ke semasa supaya mengeratkan silaturahim sekeluarga.
      Kesimpulannya,segala langkah diatas tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat perhatian daripada semua ahli keluarga seperti ibu bapa,abang dan kakak.Slogan "Keluargaku,Syurgaku" dan "Semakin Hari Semakin Sayang" patut dihayati oleh seisi komuniti kita supaya melahirkan masyarakat madani di negara kita.


Usaha-usaha Mengatasi Keracunan Makanan

     Sejak akhir-akhir ini,kes keracunan makanan semakin kerap disiarkan oleh media massa.Keracunan makanan bukan hanya berlaku di sekolah tetapi juga di rumah apabila makanan dicemari kuman.Oleh itu,semua pihak perlulah bekerjasama untuk mengatasi makanan keracunan makanan.
      Antara usaha mengatasi masalah keracunan makanan adalah mengamalkan kebersihan diri dan makanan pada setiap masa.Amalan menjaga kebersihan diri dan makanan dapat mengelakkan kita terkena keracunan makanan.Masak makanan yang hendak dimakan dengan sempurna bagi memastikan tiada kuman didalamnya.Sebagai contoh,buah-buahan dan sayur-sayuran perlulah dibasuh sehingga bersih sebelum dimasak atau dimakan.Jelaslah bahawa dengan mengamalkan kebersihan pada setiap masa dapat mengelakkan kita terkena keracunan makanan bak kata pepatah "kebersihan asas kesihatan".
         Selain itu,ibu bapa juga berperanan untuk mengatasi masalah keracunan makanan.Ibu bapa perlu mengelakkan mengajak anak-anak mereka makan di kedai ataupun warung yang kotor di tepi-tepi jalan.Hal ini kerana kita tidak pasti tahap kebersihan makanan di situ kerana mungkin terdedah kepada persekitaran yang tercemar.Sebagai contoh,makanan tersebut mungkin terdedah kepada serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lipas,lalat dan tikus.Oleh itu,amalkan budaya makan di rumah bersama-sama keluarga bagi memastikan kebersihan tahap makanan.
         Pengusaha makanan mesti memastikan makanan yang disediakan bebas daripada bakteria yang menjadi punca keracunan makanan.Hal ini demikian kerana kebanyakan masyarakat terpaksa makan di luar rumah akibat kesuntukan masa bekerja.Pengusaha makanan perlu membersihkan makanan sebelum dimasak serta memastikan makanan mereka tidak dihinggapi lalat.Jelaslah terbukti bahawa peranan pengusaha makanan amat penting bagi mengatasi masalah keracunan makanan.
         Masyarakat juga perlu memberikan kerjasama dalam usaha mengatasi masalah keracunan makanan bak kata pepatah "bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat".Masyarakat harus mengambil berat tentang kedai makan yang mengabaikan kebersihan.Masyarakat harus membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan yang segera jika ada kedai makanan yang kotor.Mereka boleh melaporkan masalah tersebut di pejabat kesihatan daerah.
         Peranan kerajaan penting untuk mengatasi masalah keracunan makanan.Hal ini demikian kerana pihak kerajaan mempunyai kuasa untuk menilai tahap kebersihan sesebuah kedai.Mereka perlu melakukan pemeriksaan mengejut secara kerap di semua kedai makan tanpa perlu menunggu laporan yang dibuat.Peniaga yang bersalah perlu dikenakan hukuman berat seperti dikenakan denda dan digantung lesen perniagaan.Jelaslah bahawa peranan kerajaan amat penting bagi mengatasi masalah keracunan makanan.
        Kesimpulannya,isu keracunan makanan dapat diatasi jika semua pihak memainkan peranan yang sewajarnya.Semua pihak mesti mengutamakan kebersihan dalam makanan dan minuman.Usaha-usaha mengatasi masalah keracunan makanan perlu dilakukan bersungguh-sungguh agar masalah ini dapat diatasi sepenuhnya.


Usaha-Usaha Mempopularkan Permainan Tradisional

      Apakah definisi permainan tradisional ? Sebenarnya,menurut Kamus Dewan,permainan tradisional merujuk permainan tradisional merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu seperti dalam masyarakat kita bermain permainan gasing,wau dan menjadi permainan tradisional.Masyarakat kita masih lagi memainkan permainan ini tetapi semakin lama semakin dipinggirkan terutama oleh masyarakat moden.Peminggiran permainan tradisional ini turut diketengahkan oleh media massa yang sering menyiarkan rungutan penggiat budaya yang menganggap masyarakat belia di negara ini sudah tidak lagi memandang tinggi permainan budaya sendiri.Oleh itu,ada banyak tindakan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan permainan ini terus wujud dalam minda masyarakat kita.
         Langkah awal yang boleh dilakukan dalam menangani isu ini ialah kerajaan menyediakan lebih banyak tempat-tempat atau gelanggang untuk memudahkan rakyat memainkan permainan ini.Kewujudan gelanggang ini memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama menikmati permainan ini.Kekerapan bermain permainan ini berupaya untuk mewujudkan satu kesedaran yang hakiki terhadap permainan budaya mereka ini.Oleh itu,pembinaan gelanggang yang cukup oleh pihak berwenang mampu memberi nafas baru kepada keseinambungan permainan warisan budaya ini.
         Berkaitan dengan pembinaan gelanggang,pihak kerajaan boleh memajukan permainan ini dengan turut menyediakan jurulatih yang terlatih di setiap gelanggang yang telah disediakan itu.Kewujudan jurulatih ini memastikan masyarakat menerima latihan yang tepat tentang sesuatu permainan itu dan berupaya mengajarkan ilmu itu kepada anak-anak mereka pula.Langkah ini memastikan berlakunya keseinambungan dalam memainkan permainan yang semakin dilupakan lantaran tiadanya tunjuk ajar yang tepat tentang permainan tersebut.Jelaslah,permainan warisan budaya ini akan terus dimainkan jika ada jurulatih yang bertauliah untuk mengajar masyarakat kita. 
         Selain itu,pihak sekolah boleh menjadikan permainan tradisional ini sebagai salah satu bentuk aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar.Tindakan ini memastikan pelajar kita terdedah dengan jenis-jenis permainan tradisional sejak muda lagi dan memahami kepentingan mengekalkan permainan ini.Kesedaran yang dipupuk sejak awal ini mampu memberi impak yang mendalam dalam jiwa seseorang pelajar sehinggalah mereka memasuki alam dewasa.Jadi,pihak sekolah wajib menjadikan permainan ini sebagai satu aktiviti sekolah yang penting untuk disertai oleh pelajar.
         Malah,permainan tradisional ini boleh dikekalkan jika pihak berkuasa mengadakan promosi yang berkesan tentangnya menerusi media massa.Penayangan yang bersesuaian seperti menjelaskan aspek kepentingan permainan ini boleh menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat.Pemahaman ini kemudiannya akan dijelmakan dalam bentuk masyarakat cuba mengekalkan dan memainkan permainan ini sekerap mungkin dalam hidup mereka.Sesungguhnya,promosi yang sesuai dan kena kepada sasaran memberi satu dimensi baru pada permainan ini untuk terus hidup dan berkembang dalam masyarakat moden kita.
         Kesimpulannya,permainan tradisional boleh dikekalkan jika semua langkah-langkah yang dijelaskan di atas itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.Masalah yang timbul ialah pihak berkuasa tidak mempunyai keinginan politik yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan projek sebegini.Kelesuan minat pihak berkuasa dalam aspek ini bakal menyaksikan permainan tradisional ini semakin dilupakan.Peribahasa "tepuk dada tanya selera" sesuai menjadi renungan kita semua kerana jika kita masih leka mungkin permainan ini akan terus terkubur.


Kepentingan Aktiviti Kokurikulum

     Kegiatan kokurikulum dapat didefinasikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah.Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan,pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan.Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-kurangnya satu daripada setiap aktiviti tersebut.Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyertainya.
          Salah satu kebaikan yang diperolehi daripada kegiatan kokurikulum ialah para pelajar dapat meningkatkan daya kepimpinan.Daya kepimpinan ini dapat dipupuk apabila seseorang pelajar dilantik sebagai ketua dalam sesuatu kegiatan.Daya kepimpinan ini juga amat berguna kepada para pelajar apabila sudah dewasa.Sebagai contoh,pelajar yang pernah memimpin sesuatu pertubuhan seperti pengakap,kadet remaja dan sebagainya.Mereka akan lebih yakin untuk menjadi pemimpin sesuatu organisasi pada suatu hari nanti.Oleh itu,daya kepimpinan ini harus dipupuk sejak awal lagi kerana kalau hendak "melentur buluh biarlah dari rebungnya".
         Selain itu,kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh daripada kesihatan kokurikulum.Kebanyakan pelajar di sekolah lebih suka menyertai kegiatan sukan atau permainan disebabkan faktor-faktor tertentu.Kegiatan sukan ini dapat membina stamina yang kuat serta membolehkan para pelajar mengeluarkan peluh iaitu salah satu bahan perkumuhan manusia.Sebagai contoh,aktiviti sukan dan permainan seperti bola sepak dapat membina kekuatan stamina manakala sukan catur pula akan mencerdaskan minda seseorang.Pepatah melayu ada mengatakan bahawa "badan sihat otak cerdas".
         Seterusnya,kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.Semangat perpaduan ini adalah amat penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur.Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama "bagai aur dengan tebing" dalam sesuatu kegiatan.Sebagai contoh,pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti pasukan bola sepak.Secara tidak langsung,hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh "ibarat isi dengan kuku" serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana "bersatu teguh bercerai roboh".
         Kegiatan kokurikulum juga dapat mengimbangkan potensi seseorang pelajar.Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya melalui kegiatan kokurikulum.Kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar bergiat dalam kokurikulum.Sebagai contoh,ada pelajar yang tidak mengetahui kelebihan yang ada pada dirinya,tetapi setelah menyertai kegiatan kokurikulum,bakatnya terserlah dan terus bergiat dalam acara yang diminati yang akhirnya menjadi juara di kelabnya.Dengan ini,pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili kelabnya untuk bertanding pada peringkat sekolah.Secara tidak langsung,kejayaan pada peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk mewakili daerah,negeri dan kemudiannya negara.
         Kesimpulannya,pihak sekolah hendakalh memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum.Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas.Selain itu,kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa harus diperkukuh supaya segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan.Pepatah melayu mengatakan bahawa "hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah".Oleh itu,semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing,berketerampilan kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.


 Cara-Cara Membuat Pelaburan

       Pelaburan ialah proses mengeluarkan sebahagian daripada tabungan yang ada untuk dilaburkan dalam perniagaan yang berisiko rendah.Pelaburan boleh dibuat setelah membuat penyelidikan tentang prospek keuntungan yang diperoleh pada masa hadapan.Kita tidak boleh melabur berdasarkan khabar angin atau skim cepat kaya yang menyebabkan kerugian dengan serta merta.Pelaburan yang selamat akan menjanjikan keuntungan yang berterusan dari masa ke masa.Kita boleh melabur dengan cara yang berbagai-bagai tetapi perlu waspada ketika membuat keputusan untuk melabur.Pelaburan akan memberi keuntungan kewangan serta boleh digunakan apabila diperlukan seperti melanjutkan pelajaran,menjalani rawatan kesihatan,melancong ke luar negara dan sebagainya.Justeru,masyarakat Malaysia perlu tahu cara-cara membuat pelaburan yang menguntungkan dan selamat.
       Cara pertama membuat pelaburan ialah beli aset tetap.Aset tetap bermaksud harta yang tidak boleh dialihkan dan bersifat kekal dalam jangka masa panjang.Contoh aset tetap yang boleh mendatangkan keuntungan ialah membeli rumah di tempat yang strategik.Apabila membeli aset tetap seperti membeli rumah,kita boleh menyewakan rumah dengan mengikut harga pasaran atau menjual rumah apabila harganya melonjak.Jika kita mempunyai tanah,kita boleh memajak tanah tersebut kepada pihak ketiga dengan harga yang sesuai untuk jangka masa yang panjang.Pelaburan juga boleh dibuat dengan cara menyewakan ruang pejabat atau rumah kedai dengan harga yang bersesuaian.Jelaslah bahawa usaha melabur dengan cara membeli harta tetap pasti akan mendatangkan keuntungan yang berganda pada masa hadapan.
       Seterusnya,pelaburan juga boleh dibuat dengan cara membeli bahan mentah untuk perniagaan.Seorang peniaga perlu menyimpan stok bahan mentah yang akan digunakan dalam perniagaan.Contohnya,seorang pekedai runcit perlu menyimpan stok barang yang akan dijual seperti beberapa kampit beras,gula,tepung gandum dan sebagainya yang akan dijual dari masa ke masa.Bahan mentah yang dibeli akan digunakan dalam perniagaan.Contohnya,seorang peniaga makanan memerlukan stok bahan mentah seperti beras,mee,udang,sotong,ikan,rempah-rempah dan sebagainya.Bahan mentah ini digunakan untuk memenuhi permintaan pengguna.Pengguna akan memesan makanan seperti nasi goreng,kuewtiau,sup dan sebagainya.Hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membayar kos membeli bahan mentah.Jika hasil jualan melebihi kos bahan mentah,peniaga akan mendapat keuntungan.Bahan mentah boleh disimpan dalam jangka masa panjang dan boleh mengelakkan penjual atau peniaga mendapat rugi jika bahan mentah mengalami kenaikan harga.Jelaslah bahawa pelaburan dengan cara membeli bahan mentah tidak merugikan penjual bahkan membolehkan perniagaannya berjalan lancar dan mendapat kepercayaan pengguna.
       Seterusnya,kita boleh melabur dengan cara membeli saham amanah.Saham amanah ialah saham yang tidak mengalami perubahan harga dan kekal sehingga bila-bila.Contoh saham amanah ialah Amanah Saham Bumiputera,Amanah Saham 1 Malaysia dan Amanah Saham Wawasan.Setiap unit saham dijual pada harga RM 1 dan boleh dijual semula pada bila-bila masa dengan harga saham.Setiap hujung tahun pemilik saham akan mendapat dividen dan bonus berdasarkan keuntungan pelaburan dan jumlah saham yang dimiliki.Melabur dengan cara ini bukan sahaja melatih kita berjimat cermat bahkan pelaburan yang dibuat boleh digunakan untuk satu tujuan seperti melanjutkan pelajaran,membiayai rawatan kesihatan dan sebagainya.Saham amanah boleh dibeli melalui wakil yang dilantik seperti pejabat pos,bank perdagangan dan sebagainya.Usaha ini menjamin masa depan seseorang dengan cara berjimat-cermat untuk mengelakkan hidup yang susah pada masa hadapan.Umpama kata pepatah "beringat-ingat sebelum kena,berjimat sebelum habis".
      Langkah terakhir untuk melabur dengan cara membeli insurans pendidikan atau insurans kesihatan.Setiap orang mempunyai cita-cita untuk belajar dalam bidang yang diminati.Yuran pengajian adalah berbeza mengikut bidang dan sentiasa meningkat dari masa ke masa.Kadang kala ibu bapa tidak mampu untuk menyediakan sejumlah wang yang diperlukan diperlukan pada sesuatu ketika kerana mencecah ribuan ringgit.Hal ini boleh diatasi sekiranya ibu bapa mempunyai kesedaran dari peringkat awal dengan cara membeli insurans pendidikan.Melalui cara ini,ibu bapa boleh menabung sedikit demi sedikit pendapatan pada setiap bulan sehingga anak mereka dewasa melanjutkan pelajaran.Pada ketika itu,ibu bapa boleh mengeluarkan kesemua jumlah tabungan beserta keuntungan bagi membiayai pelajaran anak-anak.Mereka tidak perlu membuat pinjaman atau menjual apa-apa harta untuk membiayai pendidikan anak-anak.Setiap manusia juga tidak tahu bila masanya mereka diserang penyakit terutama penyakit kronik seperti serangan jantung,darah tinggi,strok dan sebagainya.Jika mereka memerlukan wang untuk menjalani rawatan seperti pembedahan jantung,mereka boleh mengeluarkan tabungan daripada insurans kematian dengan segera.Jelaslah bahawa menyimpan sedikit demi sedikit boleh memberi faedah apabila terdesak dan ingin melanjutkan pelajaran umpama kata pepatah"sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit".
      Kesimpulannya,pelaburan merupakan langkah yang bijak datangnya dari akal panjang.Jika tidak melabur,segala lebihan wang pendapatan akan habis dalam jangka masa yang singkat.Pelaburan yang bijak melalui menelurkan hasil yang lumayan.Rakyat Malaysia diggalakan melabur sejak usia kecil kerana"melentur buluh biarlah dari rebungnya". Pelaburan rakyat Malaysia arif akan menjana ekonomi negara yang lebih cemerlang pada masa hadapan.


Faktor Peningkatan Kes Jenayah


      Jenayah ialah perbuatan seseorang rakyat yang menyalahi undang-undang.Terdapat banyak perbuatan jenayah seperti membunuh,mencuri,merogol,meragut,mencederakan seseorang dan sebagainya.Jenayah ini dinamakan jenayah fizikal kerana melibatkan tubuh badan seperti kematian,kecederaan,hilang maruah dan sebagainya.Terdapat juga perbuatan jenayah yang tidak mencederakan tubuh badan tetapi menyebabkan kerugian harta benda seperti duit melalui cara-cara penipuan dan sebagainya.Perbuatan jenayah susah dibendung kerana kekurangan anggota pasukan keselamatan seperti polis dan sebagainya.Terdapat banyak faktor meningkatnya perbuatan jenayah.
       Faktor pertama berlaku jenayah ialah kurang didikan agama.Ibu bapa lebih mementingkan pelajaran yang berbentuk kebendaan seperti ekonomi,matematik dan sebagainya.Mata pelajaran agama hanya dipelajari selama beberapa jam di sekolah. Pelajaran agama membolehkan seorang remaja menangkis perbuatan jahat atau melanggar undang-undang.Tanpa didikan agama,remaja tidak tahu untuk memilih perbuatan yang betul atau salah.Ibu bapa terlalu sibuk bekerja dan tiada masa memberi ajaran agama kepada anak-anak.Maka,perbuatan jenayah akan sentiasa meningkat kerana remaja tiada didikan agama.
       Jenayah juga meningkat kerana rakan sebaya.Rakan sebaya ialah kawan-kawan yang sama umur dengan kita.Rakan sebaya sentiasa bersama-sama dengan kita membuat aktiviti seperti belajar,bermain-main,pergi ke sekolah dan sebagainya.Jika kita mempunyai rakan sebaya yang tidak bermoral seperti terlibat dengan jenayah.Maka,dia akan mempengaruhi kita terlibat dengan jenayah.Pada hari ini memang jelas bahawa rakan sebaya membawa pengaruh buruk kepada remaja dan menyebabkan mereka terlibat dengan jenayah.
       Jenayah juga berlaku kerana kesempitan hidup.Terdapat rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pekerjaan yang sesuai.Apabila tidak bekerja,mereka tiada wang untuk dibelanjakan.Sedangkan mereka perlu makan dan minum,membeli pakaian,menanggung sara hidup keluarga dan sebagainya.Melalui jalan pintas,mereka berbuat jenayah seperti mencuri untuk mendapatkan duit.Walaupun mereka pintar ketika melakukan jenayah,pada satu masa mereka akan ditangkap juga kerana "sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga".Jelaslah bahawa kemiskinan dan kekurangan duit menyebabkan jenayah sentiasa meningkat.
        Jenayah juga berlaku kerana sifat tamak.Ada sesetengah orang yang hidup mewah tetapi melakukan jenayah.Mereka sangat tamak dan ingin cepat kaya dengan cara melakukan penipuan seperti mencuri duit pelanggan bank,menipu pelanggan dengan perniagaan yang  palsu dan menyelewengkan harta majikan.Jenayah ini dipanggil jenayah "kolar putih".Jelaslah bahawa perasaan tamak yang ada dalam diri menyebabkan susah untuk dibanteras.
         Kesimpulannya,kita seharusnya menangani perbuatan jenayah yang semakin meningkat di negara kita agar kita dapat hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera di negara kita pada masa hadapan.


Cara Memupuk Semangat Patriotisme

      Semangat patriotisme bermaksud patriotisme semangat cinta kepada negara iaitu menyayangi negara tempat kita dilahirkan dan dibesarkan.Remaja kurang semangat patriotisme kerana tidak merasai kesusahan hidup semasa zaman penjajahan.Contohnya orang yang hidup zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu pasti teringat semasa mereka menghadapi kesusahan untuk mendapat bekalan makanan dan pakaian.Mereka pasti akan rasa bertuah kerana hidup pada masa kini lebih baik.Remaja yang tidak mempunyai semangat patriotisme lebih mudah untuk berhijrah ke negara asing jika negara kita mengalami kesusahan seperti masalah ekonomi,bencana alam dan sebagainya.Justeru,kita perlu mencari berbagai-bagai cara untuk memupuk semangat patriotisme.
          Cara pertama untuk memupuk semangat patriotisme ialah ibu bapa perlu memainkan peranan.Ibu bapa boleh mengajak anak-anak ke tempat bersejarah.Contoh tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah Kota 'A' Famosa di Melaka.Ibu bapa juga boleh menceritakan tentang kejatuhan kerajaan Melaka dan Portugis membina 'A' Famosa.Ibu bapa juga boleh bercerita kepada anak-anak tentang kisah bagaimana tokoh zaman dahulu membangunkan negara.Ibu bapa boleh membelikan anak-anak buku,DVD dan sebagainya yang mengandungi isu-isu berkaitan patriotisme.Perkara ini sesuai dilakukan kepada anak-anak sejak kecil kerana "melentur buluh biarlah dari rebungnya".Jelaslah ibu bapa merupakan orang yang kuat mempengaruhi anak-anak dengan semangat patriotisme.
          Selain itu,pihak sekolah perlu memainkan peranan utama.Pelajar-pelajar menghabiskan masa selama lebih daripada 6 jam setiap hari di sekolah.Justeru,peluang sangat terbuka kepada guru untuk menerapkan elemen patriotisme melalui pelbagai mata pelajaran seperti Sejarah,Sivik dan Kewarganegaraan,Bahasa Melayu,Geografi dan sebagainya.Guru juga boleh mengajak pelajar-pelajar menyertai pelbagai seperti ucapan,pidato,bahas dan sebagainya.Pada bulan kemerdekaan,guru boleh mengajak pelajar menyertai sambutan hari kemerdekaan.Antara acara yang boleh dijalankan termasuk nyanyian lagu patriotik,tayangan filem berkaitan semangat patriotik dan sebagainya.Jelaslah,pihak sekolah turut sama berperanan untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan pelajar sepanjang tahun mereka berada di sekolah.
          Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa.Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotisme ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.Kementerian Penerangan Malaysia disamping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.Dengan perkataan lain,televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara.Selain itu,media elektronik itu juga hendaklah menyiarkan filem seperti "Bukit Kepong","Paloh"dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.Jelaslah bahawa media massa juga seharusnya memainkan peranan dalam menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat di negara kita.
         Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini.Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan.Aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan.Di samping itu,Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kemerdekaan suatu masa dahulu.Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.Jelaslah bahawa  peranan kerajaan juga dapat memupuk semangat patriotisme pelbagai kaum di negara kita.
         Kesimpulannya,cara untuk memupuk semangat patriotisme perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti.Hal ini demikian kerana dapat melahirkan warganegara yang cinta akan negara dan menjadi individu yang berguna kepada bangsa dan negara.